Banglo dua usahawan produk kecantikan disamun
KUALA LUMPUR 22 Jun - Empat penjenayah 'beruniform' dan bersenjatakan parang menjadikan banglo milik dua usahawan kosmetik terkenal di ibu negara sebagai sasaran samun dalam tempoh sebulan.
Suspek dipercayai warga asing itu memecah masuk banglo milik jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim yang juga ibu mertua kepada pengacara Jimmy Shanley di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini pada 27 Mei lalu.
Penjenayah sama juga dipercayai terlibat menyamun banglo milik pengasas produk herba dan kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim yang terletak bersebelahan dengan kediaman Muniroh pada pukul 5 pagi semalam.
Siasatan di kedua-dua buah rumah yang dipecah masuk itu mendapati, empat penjenayah yang terlibat adalah suspek sama berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di tempat kejadian.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai 'uniform' iaitu pakaian sama terdiri daripada baju berwarna biru gelap, seluar dan kasut berwarna hitam.
Namun, wajah kesemua penjenayah tidak dapat dikenal pasti kerana mereka memakai topeng dan sarung tangan ketika menyamun.
Dalam kejadian terbaru di rumah pengurus Sendayu Tinggi pagi semalam, suspek memecah masuk rumah itu melalui tingkap gelongsor bilik tidur utama di tingkat satu.
Suspek kemudian mengikat mangsa dan isterinya menggunakan kain sebelum menggeledah tiga bilik tidur di tingkat atas.
Penjenayah kemudian melarikan semua barang kemas milik isteri mangsa, wang tunai RM3,000, 10 utas jam tangan pelbagai jenama termasuk Rolex, dua unit telefon bimbit jenis BlackBerry Touch dan satu iPad yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM100,000.
Mereka memasuki rumah mangsa melalui kawasan hutan berbukit di belakang banglo tersebut menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari oleh pengawal yang bertugas di pintu masuk utama.
Sebelum ini, suspek menggunakan modus operandi sama untuk menyamun rumah didiami Muniroh sekeluarga pada pukul 3.30 pagi.
Dalam kejadian itu, keluarga usahawan berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM500,000 setelah penjenayah melarikan barang-barang berharga termasuk wang tunai dan barang kemas yang disimpan dalam peti simpanan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata api.
Harap suspek akan diberkas dan disumbat dalam penjara.
BalasPadamnampaknya usahawan produk kecantikan kini menjadi sasaran penjenayah. dulu, Pengasas Produk Kecantikan Nouvelle Visages. tapi, kedua-dua ushawan produk kecantikan Natasya dan Sendayu Tinggi agak bernasib baik kerana tidak dibunuh seperti Datuk Sosilawati Lawiya.
BalasPadamKenapa begitu mudah pencuri2 tersebut memasuki kawasan rumah mereka? Tiada sekuriti kah di kawasan itu?
BalasPadamKerugian dianggarkan RM500k? Ini satu jumlah yang besar. Harap penjenayah2 tersebut dapat diberkas.
BalasPadamharap pihak polis akan dapat menangkap penjenayah terbabit dan menyelesaikan kes ini.
BalasPadamBahaya2. Harap polis dapat menangkap penjenayah tersebut. Banyak juga duit dorang ni.
BalasPadamMasalah jenayah semakin meningkat. Semua rakyat juga perlulah berhati-hati.
BalasPadamSemakin menjadi-jadi warga asing yang tidak sedar diri menumpang negara orang. Harap mereka yang tertangkap akan dikenakan tindakkan yang berat atas kesalahan yang dilakukan.
BalasPadamkurangkan dan hadkan kemasukan warga asing ke negara ini.
BalasPadamTelampau kaya pun susah.. harap penjenayah tu dapat diberkas.
BalasPadamApapun, semua kita haruslah sentiasa berhati-hati dan banyakkan berdoa agar dijauhkan daripada perkara sebegini.
BalasPadamnasib baik tidak ada pembunuhan berlaku..
BalasPadamharap kedua-dua kes ini dapat diselesaikan oleh polis dan penjenayah yang terlibat dapat ditangkap.
BalasPadam