Khamis, Jun 23, 2011

BALAI RAYA JADI TEMPAT BERTEDUH WARGA EMAS

Balai raya jadi tempat berteduh warga emas

Salleh Pungan Unoh yang menumpang di balai raya Kampung Tamau, Kota Belud menjual makanan ringan bagi menyara kehidupannya.


KOTA BELUD 22 Jun - Seorang warga emas, Salleh Pungan Unoh, 71, terpaksa mendiami bangunan Balai Raya Kampung Tamau sejak 15 tahun lalu kerana permohonannya untuk mendapatkan rumah seperti tidak diendahkan oleh pihak-pihak berkenaan.

"Saya sendiri pernah menyerahkan surat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin kepada pemimpin politik tertentu, selain beberapa permohonan susulan melalui pemimpin peringkat kampung, namun tiada respons positif," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini, hari ini.

Salleh Pungan yang menyara hidup dengan menjual makanan ringan dengan pendapatan kira-kira RM50 seminggu itu menambah, usia yang semakin bertambah dan tenaga yang semakin terbatas membuatkan dia kian berputus asa dan hanya berserah kepada takdir.

"Saya akan tinggal dan mati di sini kerana saya tidak mempunyai siapa-siapa. Namun jika saya mati di rumah sendiri, ia lebih terhormat," katanya menahan sebak.

13 ulasan:

  1. Pekerja sosial bolehlah membantu menghantarkan warga emas ini ke rumah warga emas. Oleh kerana beliau tiada ahli keluarga lain, inilah cara yang terbaik.

    BalasPadam
  2. Jangan hanya membiarkannya di situ. Walaupun tidak berjaya memohon perumahan, sekurang-kurangnya ada tempat berteduh.

    BalasPadam
  3. kenapa pula warga emas ni tak dapat rumah PPRT. memang golongan seperti inilah yang layak untuk mendapatnya. harap-harap penduduk kampung atau ketua kampung dapat mencari ikhtiar untuk membantu warga emas ni.

    BalasPadam
  4. Kesian sungguh nasib warga tua ini. Semoga ada bantuan datang kepadanya.

    BalasPadam
  5. Harap ada yang bermurah hati untuk membantu warga tua ini. Dah lah sebatang kara saja.

    BalasPadam
  6. harap warga emas ini akan dibantu agar beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

    BalasPadam
  7. sungguh sedih, warga emas ini perlu dibantu, berilah dia tempat untuk berteduh. jgn biarkan dia hidup seprti itu.

    BalasPadam
  8. Bantuan perlulah diberikan seperti mereka ini. Harap pihak tertentu memandang serius berkenaan hal ini.

    BalasPadam
  9. saya setuju dengan Basung.. tindakan paling tepat bagi saya ialah menghantar beliau ke rumah orang2 tua..

    BalasPadam
  10. 15 tahun??? alahai punya lah lama baru ada orang noticed hal ni. huhu

    BalasPadam
  11. Semoga bantuan dapat dihulurkan secepat mungkin. Kesian warga emas ni :(

    BalasPadam
  12. Wakil rakyat KB patut memberi bantuan kepada warga emas ini.

    BalasPadam
  13. sedihnya melihat kehidupan warga emas ini hanya sebatang kara..semoga ada pihak prihatin yang baik hati menghantarnya ke rumah kebajikan orang-orang tua.

    BalasPadam