Program 6P rekod PATI mulai 11 Julai
KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan buat pertama kalinya mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P bermula 11 Julai depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program penyelesaian menyeluruh itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini bagi mengurangkan PATI di Malaysia.
Katanya, Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.
Menurutnya, proses itu dimulakan dengan pendaftaran PATI di Jabatan Imigresen sama ada secara persendirian atau oleh majikan masing-masing selama dua minggu dari tarikh tersebut sebelum diputuskan untuk dilanjutkan jika didapati perlu.
Langkah tersebut katanya, akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan.
“Selepas mereka (PATI) diminta untuk didaftarkan barulah kerajaan menjalankan eksesais pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik seperti yang digunakan ketika ini untuk pelawat.
“Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen hari ini.
Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah memaklumkan semua kedutaan asing di negara ini berhubung program itu dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting lain.
Katanya lagi, PATI yang telah berdaftar di bawah program pengampunan itu dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas kerja sementara bagi memastikan langkah tersebut tidak menganggu aktiviti ekonomi negara.
Kata beliau, kerajaan juga akan menggerakkan jawatankuasa keselamatan seluruh negara termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pihak berkuasa menjayakan program berkenaan.
Harap projek ini berjaya menangani masalah PATI.
BalasPadamSemua pihak berlulah memberi kerjasama untuk menjayakan program ini.
BalasPadamHarap ada impak yang positif daripada program 6P ini.
BalasPadamsaya rasa bukan semua PATI yang secara persendirian akan sukarela pergi mendaftarkan diri di JPN. mereka pasti fikir akan tertangkap dan dihantar balik ke negara asal.
BalasPadamMudah-mudahan masalah PATI dapat dikurangkan selepas ini.
BalasPadamharap jumlah PATI yang berada di negara ini akan dapat dikurangkan.
BalasPadamHarap2 ini boleh mengurangkan PATI.
BalasPadamsemaga program inn dpt selesaikan masalah PATI.
BalasPadamSemoga berjalan dengan lancar program ini.
BalasPadamsaya setuju dengan program 6P ini kerana kaedah penyelesaiannya lebih tersusun, menyeluruh dan berperingkat2.. tapi, saya harap kerajaan tidak akan berkompromi dengan PATI atau majikan yang enggan berkerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan program ini... tindakkan tegas dan bersifat serta merta wajar dikenakan..
BalasPadamHarap lah ini berkesan dalam memantau pati di negara kita.
BalasPadamJusteru semua pihak harus bagi kerjasama supaya isu pati dapat diselesaikan segera.
BalasPadamSELAMAT TINGGAL MALAYSIA,,,,,,
BalasPadamHarap semua PATI akan dihantar balik ke negara asal mereka.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamlayari http://pejalsejati.blogspot.com untuk keterangan lanjut program 6p lokasi KL & JB…
BalasPadamHello! Saya Ejen sah Program Pemutihan PATI,Lokasi pejabat di Ampang,Kuala Lumpur. Harga RM300 sahaja, kalau takde transport saya boleh ambil dan hantar tapi saya caj RM15 seorang untuk Transport...Bawa kawan ada komisen .Kalau minat PM atau sms 019 544 6464
BalasPadam