Ahad, Mac 20, 2011

RADIOAKTIF TURUT DIKESAN DALAM AIR PAIP

Radioaktif turut dikesan dalam air paip

20/03/2011 2:27am OSAKA 20 Mac – Sebaran iodin radioaktif telah dikesan di dalam air paip di Tokyo hari ini, kata pihak kerajaan.

Paras radioaktif yang tidak normal turut dikesan di dalam bekalan air di pusat wilayah Gunma, Tochigi, Saitama, Chiba dan Niigata, lapor seorang pegawai di kementerian sains yang mengawal paras radiasi.

Bagaimanapun, paras radiasi tersebut tidak melebihi tahap yang membimbangkan.

Sebelum ini, kerajaan telah mengesan sebaran radiasi yang melebihi daripada tahap yang sepatutnya pada sayur bayam dan susu namun ia tidak mengancam manusia. – AFP

11 ulasan:

  1. harap semuanya akan dapat dikawal dan keadaan akan menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  2. radiasi di jepun perlu dikawal sebelum ia menjadi semakin serius.

    BalasPadam
  3. Mungkin benar tidak mengancam manusia, tapi jika diambil berlebihan tidak mustahil akan menjejaskan kesihatan pengguna.

    BalasPadam
  4. Kerajaan Jepun memberi keterangan bahawa radiasi dalam air paip tidak akan mendatangkan masalah kesihatan. Tapi masih kena berhati-hatilah.

    BalasPadam
  5. Adalah sangat sedih kerana berlakunya kemalangan seperti ini.

    BalasPadam
  6. This is why Malaysia shouldn't build nuclear power plant.

    BalasPadam
  7. Laporan yang dikeluarkan mesti betul dan tepat bagi mengelak penyaluran maklumat yang tidak betul serta mengelirukan masyrakat dunia.

    BalasPadam
  8. Semoga keadaan di Jepun tidak bertambah buruk. Kepada dunia bantulah dari segi apapun kerana apa yang berlaku di Jepun impaknya kita seluruh dunia juga merasakanya.

    BalasPadam
  9. Harap masalah radiasi di Jepun dalam keadaan terkawal.

    BalasPadam
  10. Itulah, bukan senang untuk mengawal kesan radiasi kerana ia boleh bergerak dalam pelbagai medium.

    BalasPadam
  11. Harap ia tidak akan merebak ke negara sekitar..

    BalasPadam