Ahad, Mac 20, 2011

PGM TAWAU TAHAN 18 WARGA ASING CUBA MASUKI NEGARA INI SECARA HARAM

PGM Tawau Tahan 18 Warga Asing Cuba Masuki Negara Ini Secara Haram

TAWAU, 19 Mac (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau menahan 18 warga asing termasuk tiga wanita kerana cuba memasuki negara ini secara haram malam tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Tawau ASP Mohamad Ismail berkata kesemua pendatang tanpa izin yang berusia 13 hingga 47 tahun itu ditahan ketika menyusup masuk ke negara ini menggunakan bot melalui Sungai Serudung jam 8 malam.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan PGM setelah membuat intipan selama empat hari itu ialah tekong bot dan seorang awak-awak yang kedua-duanya berumur 17 tahun.

"Setelah memeriksa kesemua penumpang di atas bot berkenaan didapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Bernama.

Bernama difahamkan bot yang membawa pendatang asing berkenaan berlepas dari Nunukan, Indonesia ke Kalabakan menjelang senja dan tekong dibayar oleh pihak tertentu sebanyak RM100 untuk setiap penumpang.

Penumpang bot pula memberitahu Bernama bahawa mereka dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang oleh 'pengurus' di Nunukan.—BERNAMA

----

Integriti tinggi terbaik cegah PATI

"Kerajaan sangat menitikberatkan isu integriti di kalangan pegawai, terutama yang berada di pintu masuk negara kerana ia merupakan langkah terbaik dalam menangani masalah penyalahgunaan pas dan kemasukan PATI ke negara ini,"

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

11 ulasan:

  1. tahniah kepada PGM Tawau. teruskan lagi usaha seperti ini.

    BalasPadam
  2. semua sempadan dan pintu masuk ke negera ini perlu dijaga dgn rapi bagi memastikan ia tidak ditembusi oleh orang asing.

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana melakukan kerja dengan baik. Apa pun kita mengharapkan, perkara ini akan kerap dilakukan bagi menangani masalah PATI yang semakin bermaharajalela di negeri kta ini.

    BalasPadam
  4. Harap semua pihak akan berusaha menghalang pendatang asing untuk memasuki Sabah.

    BalasPadam
  5. Satu tindakan yang harus diberikan pujian. Ini antara usaha untuk membenteras pendatang tanpa Izin terus memasuki negeri Sabah.

    BalasPadam
  6. Good work PGM! Keep up the good effort to solve the PATI issue.

    BalasPadam
  7. Jika pemantauan dan penangkapan dilakukan dengan kerap saya percaya pertambahan pendatang asing akan dapat dibendung.

    BalasPadam
  8. selain meningkatkan kawalan di perairan Sabah, pihak berkuasa juga perlu kerap melakukan operasi besar2an di seluruh pelusuk Sabah.

    BalasPadam
  9. Tingkatkan lagi usaha, kawalan dan pemantauan supaya dapat mengelakkan warga asing daripada memasuki negeri ini secara haram.

    BalasPadam
  10. Seorang awak-awak?

    Apa itu? Saya kurang jelas.

    BalasPadam