Pengharaman Setahun Untuk Bimbing Cara Guna Botol Susu Ada BPA
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) yang direndam di dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata berikutan itu, kerajaan memberi tempoh setahun untuk mengharamkan penjualan botol susu tersebut bagi memberi penjelasan dan bimbingan kepada ibu bapa cara penggunaan botol susu tersebut dengan betul.
"Botol ini boleh dipakai, ia tidak salah, ia bukan racun tetapi kita bimbang ibu bapa salah guna pakai botol susu kerana apabila ia direndam di dalam air panas lebih 10 minit, jadi proses pindahan BPA kepada susu lebih tinggi.
"Apabila ada migrasi BPA, ia akan sebabkan kesannya kepada neuro bayi itu, jadi kita rasa penggunaannya (yang salah), bukan botol itu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Pada 14 Mac lepas, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuat kuasa 1 Mac 2012 sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol tersebut selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.
Liow berkata tempoh setahun yang diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna dan industri adalah berpatutan dan kementerian juga akan memastikan tidak ada lambakan botol susu jenis tersebut di pasaran nanti.
"Penjualan botol susu tersebut juga beransur kurang kerana adanya pengumuman ini, pengguna telah berwaspada dan mempunyai kesedaran tinggi dan takkan beli botol susu polikarbonat ini.
Beliau berkata kementerian telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu polikarbonat dan cara penggunaannya yang betul mengikut saranan kementerian untuk mencegah risiko pindahan BPA kepada botol susu.
Persidangan dewan disambung Rabu.
Aku rasa panduan di atas patut diserta bersama semua barangan diperbuat daripada Plastik supaya pengguna boleh meneliti dulu sebelum membeli ataupun menggunakannya.
BalasPadamHarap pengguna akan lebih peka dan berwaspada bila menggunakan sesuatu produk plastik supaya tidak menjejaskan kesihatan diri dan keluarga.
BalasPadamjika botol susu tersebut belum diyakini selamat, lebih baik ia penjualannya dihentikan.
BalasPadammemang wajar jika penjualannya dihentikan selagi belum ada bukti menyatakan botol tersebut selamat digunakan.
BalasPadamThe use of this bottle ought to be ban. The government made a smart move in banning it.
BalasPadamMake sure these bottles are not being sold in any shop.
BalasPadamIbu bapa harus mengambil serius tentang penggunaan yang betul.
BalasPadamPenghapusan botol susu ini harus dilakukan dengan segera bagi mengelak orang ramai membelinya.
BalasPadamkerajaan mesti bertindak cepat. selain mengharamkan penjualannya, kerajaan juga perlu giat mendedahkan risikonya serta cara penggunaannya samada melalui kempen mahupun media..
BalasPadamApa pun belum lagi ada kata putus mengatakan penggunaan ini beracun..
BalasPadamKesedaran terhadap orang ramai patut giat dijalankan.
BalasPadamSebaiknya elakkan penggunaan botol yang diharamkan..
BalasPadam