Bukan senarai e-Kasih juga layak KWAPM
KUALA LUMPUR 22 Mac – Pelajar miskin yang tidak tersenarai dalam data e-Kasih juga akan diberikan bantuan kewangan menerusi tabung Kewangan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, kerajaan memutuskan demikian selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
Sehubungan itu katanya, kementerian memerlukan bantuan daripada pihak sekolah untuk mengenal pasti pelajar yang benar-benar layak mendapatkan bantuan KWAPM.
‘‘Selain menggunakan data e- Kasih, pihak sekolah juga ada satu jawatankuasa KWAPM bagi meneliti sama ada mereka yang akan diberikan itu layak atau tidak.
‘‘Bagi mereka yang telah menerima bantuan itu sebelum ini pula, kita boleh berikan bantuan melalui KWAPM mengikut syarat yang ditetapkan seperti tahun lalu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumbung (BN-Tuaran) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Bagi pendapat saya, asalkan ibu-bapa pelajar itu tidak berkemampuan untuk menghantar mereka ke sekolah, mereka layak mendapatkan bantuan KWAPM.
BalasPadamLebih baik kalau semua sekolah kebangsaan memberikan pendidikan percuma kepada semua pelajar, tidak kira pelajar kaya ataupun miskin pun boleh belajar juga.
BalasPadamsemua pelajar yang miskin perlu diberi bantuan, ini bagi memastikan semua pelajar turut dapat belajar, jgnlah kita jadikan kemiskinan sebagai halangan untuk menimba ilmu.
BalasPadampelajar yang berasal dari keluarga yang miskin sememangnya wajar untuk menerima bantuan.
BalasPadamBantulah mereka yang berasal dari keluarga miskin.
BalasPadamKepada ibu bapa, jangan terlalu mengharap dengan bantuan ini. Berusahalah untuk mengubah nasib keluarga anda.
BalasPadamPelajar yang mendapat bantuan harus menghargai bantuan yang diberikan. Jangan persiakan usaha ini.
BalasPadamkementerian dan pihak sekolah juga patut mengkaji semula yuran atau lain2 bayaran yang dikenakan di sekolah2 kerajaan. jika tidak boleh dimansuhkan terus, ianya patut dikurangkan..
BalasPadamapa2pun, pastikan bantuan itu benar2 sampai kepada sasaran...
BalasPadamSemoga dengan cara ini dapat memberi persekolahan kepada keluarga yang menghadapi masalah kurang berkemampuan.
BalasPadam