Jumaat, Februari 18, 2011

SK ULU LUBAI 'PERMATA DALAM BELANTARA'

SK Ulu Lubai 'permata dalam belantara'

MUHYIDDIN Yassin bersama Mohd. Shafie Apdal beramah mesra dengan murid SK Ulu Lubai ketika meninjau sekitar sekolah itu di Limbang, Sarawak, semalam.

LIMBANG 17 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai hanyalah sebuah sekolah yang serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama manakala satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas kegunaan murid dan guru.

Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu hanya mempunyai 30 orang murid yang dibimbing oleh 11 orang guru dengan bantuan seorang staf sokongan.

Namun hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Menyifatkannya sebagai amat luar biasa, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan SK Ulu Lubai itu membuktikan bahawa semua sekolah mampu cemerlang tanpa mengira lokasinya.

"Kalau kita lihat persekitaran dan infrastruktur, ia amat sederhana, bangunannya sudah lama dan diperbuat daripada kayu, tidaklah seelok bangunan-bangunan konkrit di sesetengah sekolah.

"Tetapi kerana kepimpinan sekolah itu adalah cemerlang dan guru-guru serta ibu bapa bersama murid-murid amat komited untuk bantu membangunkan sekolah ini, berlaku lonjakan yang amat besar," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan senarai 23 SBT Kohort Dua di SK Ulu Lubai di sini hari ini.

Muhyiddin juga melontarkan cabaran kepada sekolah-sekolah lain dengan berkata:

"Jika SK Ulu Lubai yang begini keadaannya boleh muncul yang terbaik, saya tidak fikir sekolah lain tidak mampu."

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai telah menunjukkan pencapaian akademik yang amat cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan keputusan 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga sekarang, menjadikannya sebagai sekolah terbaik di negeri ini.

imageKatanya, dalam penarafan sekolah kebangsaan, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan ia melonjak ke tempat pertama pada 2010.

Beliau memberitahu, lebih membanggakan, sekolah itu memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa iaitu johan Commonwealth Education Good Practice Award 2009 dan finalis anugerah yang sama daripada Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.

Menurutnya, pencapaian terkini ialah pencalonan UNESCO Educational International Best Practices 2010.

"Di samping itu, ia juga berjaya merangkul lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin begitu teruja dengan inisiatif SK Ulu Lubai yang bergerak aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi pendidikan luar negara.

Katanya, jaringan itu bukan calang-calang kerana pada 2009 dan 2010, mereka mewujudkan jaringan dengan University Bristol, United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School, Singapura dan Kingsford Community School serta Deptford Green School, masing-masing di UK.

imageSementara itu, Guru Besar SK Ulu Lubai sejak 1998, Jaul Bunyau berkata, kunci kepada kejayaan sekolah itu ialah kerjasama daripada ibu-bapa kerana merekalah yang paling dekat dengan sekolah berkenaan,

 Katanya, mengharapkan orang luar untuk membantu sekolah di pedalaman seperti SK Ulu Lubai amat sukar kerana keadaannya terpencil manakala prasarananya amat terhad.

"Jadi kita kena libatkan komuniti setempat dan guru-guru pula tidak boleh terpisah dengan masyarakat," katanya.

----

Keistimewaan SK Ulu Lubai

Award for Sarawak schools

14 ulasan:

  1. Tahniah kepada SK Ulu Lubai. Harap sekolah lain juga boleh mencapai kejaya seperti mereka. Diharapkan juga kementerian pendidikan memandang serius terhadap masalah bagunan sekolah tidak selamat/daif di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  2. walaupun sekolah ini tidak terdapat kemudahan seperti sekolah di kawasan bandar, namun sekolah ini mempunyai pencapaian yang amat baik. ini menunjukkan bahawa tiada halangan untuk kita berjaya.

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada SK Lubai. Harap sekolah lain akan mencontohi sekolah ini. Kerjasama semua adalah penting untuk membantu menjayakannya.

    BalasPadam
  4. Congrats to SK Ulu Lubai.

    BalasPadam
  5. Even with the lack of infrastructure in SK Ulu Lubai, they still manage to obtain good performance.

    BalasPadam
  6. inilah hasilnya jika mereka semua bekerjasama untuk memajukan pencapaian sekolah mereka.

    BalasPadam
  7. sekolah-sekolah lain perlu mencontohi sekolah ini yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang.

    BalasPadam
  8. kita harus contohi sekolah ini, walaupun ia berada kawasan luar bandar namun ia mempunyai pencapaian yang sangat baik. sekolah ini jika dibangunkan lagi, pencapaiannya pasti jauh lebih baik.

    BalasPadam
  9. dengan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh sekolah Ulu Lubai tidak bermakna mereka tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

    BalasPadam
  10. kejayaan sekolah ini perlu dihebahkan kepada semua sekolah di negara ini supaya sekolah2 yang lain juga akan turut sama bersaing dan mengikuti jejak langkah mereka. selain itu kerajaan perlu beri lebih tumpuan kepada sekolah2 yang terletak jauh di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  11. Hebat jugalah SK Lubai:) Jadikan sekolah ni sebagai contoh.

    BalasPadam
  12. Jika SK Lubai mampu mencapai kejayaan sebegini, saya yakin sekolah lain juga mampu menjadi sebaik SK Lubai, malah mungkin lebih baik lagi:)

    BalasPadam
  13. Ya, sekolah lain patut menjadikan SK Lubai sebagai contoh.

    BalasPadam