Umno Sabah Mahu Sultan Sulu Dipecat
KOTA KINABALU, 17 Feb (Bernama) -- Umno Sabah mengesyorkan ahli perniagaan Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'Sultan Sulu Ke-33' baru-baru ini, dipecat daripada parti itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Umno Sabah telah membuat ketetapan untuk mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno supaya Mohd Akjan dipecat daripada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Musa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri Khamis malam.
Mohd Akjan, yang merupakan anggota Umno Bahagian Kota Kinabalu, telah mengisytiharkan dirinya sebagai keturunan Sultan Sulu yang terakhir memerintah, iaitu Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.
Beliau dikatakan telah diisytihar sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Feb lepas, yang dihadiri sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu.
Ya, harap tindakan yang wajar akan diambil terhadap Mohd Akjan.
BalasPadamtindakan wajar perlu dikenakan terhadap Akjan.
BalasPadamharap siasatan dapat dibuat dengan segera dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil.
BalasPadambaguslah kalau macam itu. Mungkin ini akan menjejaskan parti itu sendiri nanti.
BalasPadamMemang patut Akjan dipecat.
BalasPadamkita tunggu apa perkembangan selanjutnya samada beliau dipecat atau tidak. kesalahan beliau ini terlalu berat bukan sahaja layak dipecat dari UMNO malah layak dibuang negara.
BalasPadampendirian umno ini menunjukkan kerajaan juga tidak merestui tindakan Akjan yang cuba membelakangkan dan tidak menghormati undang2 negara ini.
BalasPadamAkjan bukan sahaja perlu dipecat dari UMNO tapi juga perlu dibuang negara kerana menghina kedaulatan negara kita.
BalasPadamsultan sulu ini sepatutnya diambil tindakan undang2.
BalasPadamBaguslah itu. Memang patut kena pecat pun.
BalasPadamApapun punca di sebalik timbulnya isu ni harus disiasat dan diselesaikan segera.
BalasPadamHarap UMNO Sabah akan mengambil tindakan yang wajar terhadap Sultan Sulu.
BalasPadamKalau tak salah, polis sudah mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Mohd Akjan.
BalasPadamacah saja bah itu...mana dia orang berani...paling-paling amaran saja.....
BalasPadamc Akjan sda dilucutkn sbg ahli Umno..ngam la tu.
BalasPadam