Jumaat, Februari 18, 2011

".. ENAM PERATUS DARIPADA 10,000 SEKOLAH BERADA DALAM TAHAP YANG AMAT BURUK, KRITIKAL DAN MAHU SUJUD KE BUMI," - MUHYIDDIN YASSIN

600 sekolah 'amat buruk, kritikal'

LIMBANG 17 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan terdapat kira-kira 600 daripada 10,000 sekolah di negara ini berada dalam keadaan yang amat daif.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perangkaan berkenaan diperoleh daripada satu audit yang dilaksanakan khusus untuk mengetahui taraf infrastruktur dan keadaan sekolah.

Katanya, sebahagian sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak.

"Daripada laporan, terdapat enam peratus daripada 10,000 sekolah berada dalam tahap yang amat buruk, kritikal dan mahu sujud ke bumi," katanya.

Beliau berucap pada majlis mengumumkan senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian mungkin melantik perunding untuk membuat penilaian terhadap sekolah terbabit termasuk daripada aspek keperluan penambahbaikan atau pembinaan semula.

Turut dinilai, kata beliau, adalah berapa lama sekolah itu boleh diguna atau sejauh manakah tahap keselamatan semasa.

"Mungkin ada satu jadual khusus, sekolah itu tidak perlu mohon, kita tahu statusnya dan kalau perlu dibina baru, kita akan bina.

"Kita perlu ambil pendekatan yang inovatif, kalau peruntukan yang disediakan tidak mencukupi, ada pendekatan pembiayaan lain yang kita boleh gunakan contohnya inisiatif pembiayaan swasta," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut meluang masa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh di Long Panai, Baram yang 12 hingga 18 kali ditenggelami banjir dalam masa setahun kerana terletak bersebelahan Sungai Apoh.

Sekolah berkenaan pada awal tahun lalu pernah mendapat perhatian beliau yang kemudian mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk pembinaan bangunan baru di tempat lebih tinggi.

Muhyiddin sewaktu berucap dalam majlis bersama penghuni rumah Panjang Uma Beluvuh bersebelahan SMK Tutoh Apoh menjelaskan bangunan baru sekolah itu akan dibina dalam masa terdekat dan ia dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.

Beliau menjelaskan, nilai sebenar projek yang kini berada dalam peringkat melantik perunding reka bentuk itu hanyalah RM30 juta.

"Kita juga sudah membayar ganti rugi pengambilan balik tanah membabitkan keluasan 12 hektar," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2,000 bagi setiap 117 pintu Rumah Panjang Uma Beluvoh bagi tujuan penyelenggaraan kediaman.

29 ulasan:

  1. Kementerian pendidikan mesti mengambil tindakan terhadap isu ini sebelum sebarang kemalangan berlaku.

    BalasPadam
  2. begitu byk sekolah yang naif di negara kita dan kebanyakkanya adalah sekolah di Sabah dan Sarawak. ini menunjukkan bahwa masih byk kawasan2 di Sabah dan sarawak yang masih mundur dan perlukan pembangunan.

    BalasPadam
  3. sekolah2 yang naif ini perlu dibangunkan demi keselesaan pelajar dan guru. ini juga bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dgn baik.

    BalasPadam
  4. Fix it before someone gets hurt.

    BalasPadam
  5. Kita tengok saja apa yang akan dilakukan. Jika cakap tidak ada guna juga. Jadi tunggu apa yang akan bakal dilaksanakan.

    BalasPadam
  6. Semoga masalah sekolah-sekolah yang daif ini akan dapat diselesaikan pada akan datang.

    BalasPadam
  7. It's important to make sure the safety of the pupils and teachers. Please solve this problem as soon as possible before it gets worse.

    BalasPadam
  8. Hopefully the government is in the process to fix this problem.

    BalasPadam
  9. keadaan sekolah yang daif perlu diperbaiki bagi memastikan keselamatan dan keselesaan guru dan pelajar di kawasan sekolah.

    BalasPadam
  10. harap pihak kementerian pendidikan akan dapat mencari jalan bagi memperbaiki sekolah-sekolah yang daif.

    BalasPadam
  11. Kerajaan perlu membuat sesuatu sebelum terlambat.

    BalasPadam
  12. saya harap beliau benar2 mengotakan janji beliau. masalah ini terlalu berat dan tidak boleh dibiarkan terlalu lama.

    BalasPadam
  13. kalau sudah tahu, lakukanlah apa yang patut.

    BalasPadam
  14. tidak perlu berlengah-lengah lagi seperti menunggu masa pilihanraya baru hendak bertindak..

    BalasPadam
  15. harus diingat bahawa pertaruhan di sini bukan sahaja melibatkan harta benda dan wang malah nyawa para pelajar, guru serta kakitangan sekolah lain.

    BalasPadam
  16. diharap pihak berwajib akan melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan ini sebelum terlambat.

    BalasPadam
  17. Jika masalah sudah dikenalpasti, jangan tunggu lama2. Buatlah apa yang patut.

    BalasPadam
  18. 6% ni sudah boleh dianggap cukup banyak dan cukup membimbangkan.

    BalasPadam
  19. Percepatkan perlantikan perunding untuk membuat penilaian terhadap sekolah2 itu bagi kenalpasti aspek keperluan penambahbaikan atau pembinaan semula.

    BalasPadam
  20. Pemantau harus dilakukan dari masa ke semasa bagi mengelakkan perkara ini daripad abertambah teruk.

    BalasPadam
  21. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan hal ni nanti.

    BalasPadam
  22. kalau sudah tahu kenapa tidak laksana kan bukan bercakap dalam media massa,ini macam mahu menghina kerajaan negeri,dan percakapan ini serupa memberi isyarat bahawa pemimpin sabah dan serawak masih lagi tidur....ayuh sabah dan serawak apa di tunggu lagi....laksanakan tugas kalian

    BalasPadam
  23. Harap kerajaan akan mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  24. Then why allocation for that purposes?

    BalasPadam
  25. I thought the Education Ministry has been doing something on this?

    BalasPadam
  26. Banyak sekolah2 di Sabah yang masih kaku. Mana suda janji?

    BalasPadam
  27. Please do something about this. They are students.

    BalasPadam
  28. Menteri pendidikan patut peka kepada keperluan murid.

    BalasPadam