Warga Asing Turut Sertai Kempen 'MyDaftar' Pohon Status PR
KLANG, 20 Feb (Bernama) -- Meskipun kempen 'MyDaftar' disasarkan kepada masyarakat India di seluruh negara yang mempunyai masalah berkaitan kelahiran, pengenalan dan kewarganegaraan, warga asing yang sekian lama menetap di negara ini juga tidak melepaskan peluang menyertai program itu bagi memohon status penduduk tetap (PR).
Lucille Gacula Galicia, 41, yang berasal dari Filipina berkata beliau berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini kerana tidak memiliki status penduduk tetap.
Beliau, yang telah menetap di Malaysia selama 19 tahun selepas mendirikan rumahtangga dengan seorang rakyat tempatan, berhadapan dengan kesukaran hidup selepas kematian suaminya akibat barah otak sembilan tahun lepas.
Ibu kepada seorang anak perempuan berumur 15 tahun itu, yang kini menetap dengan ibu mertuanya Louis Lilian di Jalan Kapar di sini, kini hanya bergantung hidup dengan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) suaminya sebanyak RM500 sebulan.
"Oleh kerana saya tidak mempunyai status penduduk tetap dan hanya bergantung kepada visa tahunan, saya sukar untuk memperoleh pekerjaan untuk menampung hidup kami. Nasib baiklah anak saya tiada masalah kerana dia dilahirkan sebagai warga negara Malaysia," katanya yang fasih berbahasa Melayu ketika ditemui Bernama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Klang di sini Ahad.
Lucille turut berterima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan kempen 'MyDaftar' itu dan berharap penantiannya selama 19 tahun untuk memperoleh status penduduk tetap akan berakhir.
Seorang eksekutif operasi sebuah syarikat di Bukit Jelutong, Shah Alam, Paul Raj, 52, berkata beliau hadir di pejabat JPN itu hari ini bagi memohon status penduduk tetap untuk isterinya, Lilia Bonayog, 47, seorang warganegara Filipina.
Raj, warga tempatan yang telah berkahwin dengan Lilia sejak 14 tahun lepas dan kini mempunyai dua anak berumur 13 dan 10 tahun, memuji langkah kerajaan memberi peluang kepada rakyat yang mempunyai masalah kewarganegaraan untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Kerajaan beri peluang untuk kami mempunyai hidup yang lebih baik supaya pada masa depan kami tidak perlu berlari ke sana ke sini untuk mendapatkan dokumen berkaitan. Sebelum ini kami telah cuba memohon tetapi masih tidak berjaya," katanya sambil menambah Lilia pada masa ini bergantung kepada visa yang perlu diperbaharui setiap tahun.
Kempen 'Mydaftar' bermula 19 sehingga 26 Feb itu terbuka kepada masyarakat India di seluruh negara yang lahir di Malaysia dan menetap di negara ini yang masih belum memperoleh MyKad.
Kempen itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Sementara itu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz meluangkan masa bertemu dengan pemohon MyKad dan menerangkan mengenai kempen itu serta bertanya masalah yang dihadapi mereka.
Bercakap kepada pemberita, beliau menyatakan rasa puashatinya dengan penjalanan kempen terutamanya kerjasama penuh yang diberikan oleh JPN dalam memastikan kelancaran kempen itu.
"Semalam sahaja kira-kira 300 orang dari bahagian Kapar, Bukit Raja dan Klang datang mendaftar dan kita yakin masalah yang mereka hadapi terutama penukaran dari status penduduk tetap kepada warganegara akan diselesaikan dalam tahun ini.
"Bagaimanapun bagi permohonan status penduduk tetap akan mengambil masa kerana ia bukan sahaja melibatkan JPN tetapi juga melibatkan Jabatan Imigresen. Sekiranya mereka ingin memohon surat beranak untuk anak-anak kita boleh uruskan," katanya.
Pegawai Penerangan Daerah Klang Ahmad Sharif pula berkata kempen 'Mydaftar' di daerah ini berjaya mencapai matlamatnya apabila ramai masyarakat India yang datang mendaftarkan kerakyatan mereka.
"Ini menunjukkan kesedaran untuk masyarakat India yang sebelum ini tak tahu hala tuju seperti ada yang masih pegang status penduduk tetap dan ada yang lahir 50 atau 60 tahun lepas. Bila ada program seperti ini ia amat baik bagi kerajaan kerana isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Keprihatinan kerajaan dalam gagasan 1Malaysia berjaya dan diharapkan kempen ini akan terus mendapat sambutan di kalangan masyarakat India," katanya.
Harap status PR hanya akan diluluskan kepada mereka yang layak saja.
BalasPadamprogram ini adlah untuk menyelesaikan masalah mykad dikalangan penduduk Malaysia. apapun pemberian mykad perlu diberi kepada mereka yang benar2 layak.
BalasPadamapa pun, status PR perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.
BalasPadamharap program ini dapat menyelesaikan masalah yang ada.
BalasPadamApa pun MyDaftar dilakukan, yang penting adalah syarat-syarat lengkap bagi mendapat PR.
BalasPadamOrang yang benar-benar layak saja yang patut menerima MyKad. Maka kita mengharapkan pihak berkuasa akan melakukan kerja dengan seikhlas dan jujurnya dalam menjalankan tugas ini.
BalasPadamJika mereka benar2 ingin menjadi penduduk tetap dan berkelakuan baik serta menepati semua ciri2 untuk mendapat PR, saya rasa tidak menjadi masalah untuk mereka mendapat status itu.
BalasPadamPihak bertanggungjawab kena meneliti setiap individu yang memohon untuk status PR. Jangan sampai ada yang menjadi kontroversi di masa hadapan.
BalasPadamkerajaan perlu berhati2 dengan kempen seperti ini kerana mudah bagi pihak pembangkang mempergunakannya sebagai bahan memburukkan kerajaan lebih2 lagi ketika negara semakin menghampiri pilihanraya umum..
BalasPadamkempen ini baik, tp jgn biarkan ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kempen ini untuk kepentingannya.
BalasPadampemberian mykad juga harus dilakukan dgn berhati2 agar ia tidak dimanipulasikan pihak tertentu.
BalasPadamwarga asing yang memohon status PR harus disiasat dengan lebih mendalam akan latar belakang mereka..siapa tahu ada yang menipu..
BalasPadamprogram ini juga harus dipantau dengan ketat agar tidka berlaku penyelewengan dan rasuah..
BalasPadamselain itu, pemeriksaan terperinci harus dilakukan kepada setiap permohonan..ini adalah bagi mengelak kesilapan masa lalu yang kini menjadi isu..
BalasPadamProgram ini mmg baik namun harus dipantau sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.
BalasPadamPastikan hanya yang benar2 layak saja diluluskan utk elakkan masalah lain timbul.
BalasPadamJangan pula tindakan yang dibuat utk menanggani masalah lalu menjadi punca pertambahan masalah pula!!
BalasPadamSemoga semua pihak yang melaksanakan kempen ni telus dan tidak mudah terpengaruh dengan rasuah.
BalasPadamApapun sama2lah kita mengharapkan yang terbaik hasil daripada kempen ini kerana setiap perkara pasti ad apros & con... namun asalkan dilaksanakan secara telus pastinya mendatangkan hasil positif.
BalasPadamHarap program ini boleh dijalankan secara adil.
BalasPadamBersyukurlah kerana ramai yang ingin menjadi rakyat Malaysia, negara yang aman dan makmur.
BalasPadamWarga asing turut memohon?
BalasPadamI never thought that foreigners are interested to get the PR here.
BalasPadamHarap semuanya berjalan lancar. Think, kalau mereka tidak berminat, mengapa banyak sangat warga asing yang sanggup masuk secara haram?
BalasPadamHarap2 yg dpt status PR tu nnt yg btl2 layak.
BalasPadamWarga asing tidak sepatutnya diberi peluang berbuat demikian.
BalasPadam