Sabtu, Februari 05, 2011

HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II SIAP SEBELUM APRIL - LIOW

Hospital Queen Elizabeth II Siap Sebelum April Ini - Liow

KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Kerja-kerja menaik taraf Hospital Queen Elizabeth (QEH) II di Luyang dijangka siap April ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kerajaan persekutuan berharap kerja-kerja itu dapat dipercepatkan demi manfaat penduduk dan negeri ini.

"Kami memerlukan lebih banyak bilik bagi pesakit, dan kami hanya ada beberapa bulan sahaja lagi... jadi kami perlu mempercepatkan kerja.

"Kalau boleh, kami mahu Hospital Queen Elizabeth II ini siap sebelum April ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka MCA Sabah di dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu di sini Jumaat.

Apabila siap dalam tempoh kira-kira tiga bulan, hospital itu akan mempunyai 455 katil (berbanding 171 sekarang), kompleks letak kereta empat tingkat, dua dewan pembedahan kardiak, dua makmal pengkatereran invasif, 10 unit jagaan rapi kardiotorasik dan 10 unit jagaan rapi koronari.

Dua dewan pembedahan kecil, bilik mayat dan jabatan kecemasan serta kompleks doktor 'on-call' akan turut dinaik taraf.

Liow berkata kerja-kerja menaik taraf akan dijalankan mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), dan menambah kerajaan turut bercadang menaik taraf hospital di Beaufort dan Kota Marudu kepada hospital pakar.

Selain itu, beliau berkata kementerian berharap dapat menyediakan perkhidmatan perubatan pengangkutan udara menggunakan dua helikopter untuk membawa pesakit ketika kecemasan, terutamanya dari kawasan luar bandar ke hospital terdekat di bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

"Tender untuk helikopter perubatan ini akan dibuka tidak lama lagi, dan kami harap dapat memulakan misi pengangkutan udara ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Liow berkata kementeriannya sedang menimbang langkah memperkenalkan bot yang membawa klinik bergerak untuk menyusuri Sungai Kinabatangan di Sandakan.

"Ia bertujuan menjadi projek perintis ke arah memenuhi keperluan segera terhadap penjagaan kesihatan, terutamanya di kawasan pedalaman dan terpencil," katanya.

19 ulasan:

  1. Harap Hospital Queen Elizabeth boleh disiapkan seperti yang dijanjikan itu.

    BalasPadam
  2. semoga QEH 2 akan disiapkan segera, ia perlu bagi kerana hospital masa kini tidak mencukupi bagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.

    BalasPadam
  3. harap hospital tersebut akan siap dalam masa yang dijangkakan. ini bagi membolehkan masyarakat mendapat kemudahan kesihatan yang lebih baik.

    BalasPadam
  4. harap dapat disegerakan dan disiapkan sebelum April ini kerana khidmat hospital amat diperlukan sekarang.

    BalasPadam
  5. lebih banyak hospital dan klinik perlu dibina di seluruh sabah..hospital2 pakar pula harus dibina di kawasan2 strategik.

    BalasPadam
  6. tenaga kerja seperti doktor dan jururawat harus ditambah..demikian juga dengan doktor2 pakar..

    BalasPadam
  7. fasiliti/ kemudahan yang disediakan di hospital juga harus dinaik taraf..peralatan2 moden harus disalurkan kepada semua hospital..

    BalasPadam
  8. apa pun diharapkan tiada lagi kelewatan dan penangguhan..

    BalasPadam
  9. Apa pun semoga Hospital ini boleh siap secepatnya.

    BalasPadam
  10. Semoga semua kemudahan bagi hospital utama untuk Sabah ini mempunyai faciliti yang mencukupi. Mempunyai ruang bilik sakit yang boleh menampung pesakit kita. Cepat siap lagi bagus. tinggal 2 bulan saja lain, hospital ini akan boleh digunakan.

    BalasPadam
  11. "mike berkata...

    harap dapat disegerakan dan disiapkan sebelum April ini kerana khidmat hospital amat diperlukan sekarang.
    Selasa, Februari 08, 2011 7:28:00 PM "

    Kalau disegerakan, kemungkinan bangunan tersebut tidak akan tahan lama.

    BalasPadam
  12. Apapun, saya berharap bangunan tersebut akan disiapkan sebelum April.

    BalasPadam
  13. Kita tunggu saja april ini. Adakah hospital Queen II ini boleh siap atau tidak. Kalau siap baguslah, tapi pastikan berkualiti dan bukan sekadar siap saja.

    BalasPadam
  14. samada lambat atau cepat, yang penting bangunan itu kukuh dan siap sepenuhnya tanpa ada bahagian yang terbengkalai. saya harap kerajaan persekutuan dan negeri benar2 serius dan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan di negeri ini.

    BalasPadam
  15. Must be done in more appropriate way.

    BalasPadam
  16. Saya percaya jabatan kesihatan tidak akan membuat kerja sambil lewa.

    BalasPadam
  17. Liow is a great health minister.

    BalasPadam