Rabu, Januari 05, 2011

"GETAHWAN" PEROLEH RM1,500-RM15,000 SEBULAN

Penoreh getah peroleh RM1,500-RM15,000 sebulan

5th January, 2011 KENINGAU: Getahwan adalah perkataan yang sinonim dengan golongan penoreh getah di kawasan pedalaman, yang bermaksud ‘orang-orang yang berduit’.

Getahwan juga merujuk kepada status penoreh getah yang meraih kemewahan melalui getah yang harganya melambung naik sejak setahun yang lalu.

“Penoreh getah di pedalaman memperolehi pendapatan di antaraRM1,500 hingga RM15,000 sebulan, dan saya amat berbangga dengan perkembangan ini,” dedah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.

Sairin berkata, kuasa beli di kalangan rakyat pedalaman semakin aktif ekoran daripada kenaikan harga getah yang melambung tinggi sejak setahun yang lalu.

Harga getah kepingan (basah) berharga RM7.05 sen sekilogram atau RM7,050 setan, iaitu mengalami kenaikan sehingga 85 peratus secara agresif sejak setahun yang lalu.

Ini bermakna kata Sairin, penduduk yang mempunyai keluasan kebun sebanyak 5 ekar, berjaya melepasi cengkaman kemiskinan.

Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk di Keningau memiliki tidak kurang 2 ekar kebun getah.

Sairin yang merupakan Wakil Rakyat Liawan mahu rakyat di kawasan itu supaya fokus kepada pertanian yang lebih menguntungkan, seperti getah dan kelapa sawit.

“Sudah tiba waktu untuk rakyat melangkah jauh kehadapan untuk menceburi bidang pertanian yang lebih menguntungkan,” katanya, ketika ditemui semasa menemui pengundinya di kawasan Liawan.

Menjawab satu soalan, Sairin berkata, penggunaan benih yang terbaik adalah langkah bijak yang perlu diambil kira oleh pekebun.

Katanya, benih berkualiti tinggi mungkin lebih mahal berbanding yang sedia ada, tetapi katanya menggunakan benih yang terbaik memberi pulangan yang berlipat kali ganda.

“Kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik,” katanya.

Kepada soalan yang lain, Sairin berkata, penoreh getah merupakan satu karier yang setanding dengan kerja-kerja pejabat yang lain.

Malah tambahnya, pendapatan seorang penoreh getah jauh lebih tinggi berbanding gaji seorang kerani.

14 ulasan:

  1. jika kita berbudi pada tanah, kita akan mendapat hasil yang setimpal. bergiat dalam pertanian lebih baik dan hasilnya lebih lumayan.

    BalasPadam
  2. pertanian memang mempunyai potensi yang besar jika diusahakan secara bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
  3. harga getah melambung, harga sawit pun melambung. alangkah baiknya jika harga itu kekal. tapi apa2pun jangan terlalu boros berbelanja kerana kenaikan harga getah ini ada pasang surutnya.

    BalasPadam
  4. pendapatan di antara RM1,500 hingga RM15,000 sebulan menunjukkan tanaman getah mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.

    BalasPadam
  5. Saya sudah tahu pun lamanya getah akan menanam duit.

    BalasPadam
  6. Semua negara memerlukan getah. Tidak hairanlah getah dapat menjamin keuntungan.

    BalasPadam
  7. Memang banyak keuntungan itu.

    BalasPadam
  8. I hope to get that amount of money every month...

    BalasPadam
  9. walaupun harga getah melambung tinggi, namun masiah ada perbezaan ketara antara harga getah di semenanjung dgn Sabah dan sarawak. harga ini perlu diselaraskan.

    BalasPadam
  10. Mereka ini mencari duit dari pagi hingga petang. Mungkin duit yang mereka perolehi dapat menampung kehidupan sebagai penoreh getah.

    BalasPadam
  11. adalah lebih bagus jika mereka mengusahakan sesuatu daripada tidak ada sebarang pendapatan.

    BalasPadam
  12. That's good to know. Congratulations to the successful rubber tapers.

    BalasPadam
  13. Usaha ini bukan sahaja untuk kepentingan mereka tetapi juga mereka telah menyumbang kepada pendapatan negara. Begitu besar jasa dan peranan mereka. Selain itu bilangan penganggur juga dapat dikurangkan. Semoga usaha ini akan berterusan dan berjaya.

    BalasPadam
  14. Tapi saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan harga getah di semenanjung adalah lebih mahal berbanding di Sabah. Ada sesiapa yang mengetahui, adakah harga getah diseluruh Malaysia sudah diselaraskan?

    BalasPadam