Rabu, Januari 05, 2011

DATUK RAIS YATIM MENAFIKAN DAKWAAN KONONNYA BELIAU TERLIBAT DALAM SATU KES JENAYAH MEMPERKOSA PADA 2007

Rais Yatim Nafi Dakwaan Laporan Blog & Pembangkang

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata sehubungan itu, perkara ini adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata: "Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks."

Beliau berkata tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan "politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa."

"Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politik bagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salahlaku dalam tempoh hampir 40 tahun," katanya.

Rais berkata tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.

"Mereka berpandangan dengan 'membunuh pengantarnya' tujuan jahat mereka tercapai," tambahnya.

Rais berkata dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, "isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai 'lembing rejaman' yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.

"Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan," katanya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog telah menyiarkan cerita yang mengaitkan Rais merogol seorang pembantu rumah pada 2007.

15 ulasan:

  1. penafian ini mungkin masih belum mampu meyakinkan orang ramai berkenaan dengan penglibatan beliau dengan jenayah tersebut. oleh itu kita perlu menunggu hasil siasatan pihak polis dan elakkan sebarang spekulasi terutamanya dipihak pembangkang yang suka mempolitikkan apa sahaja isu walaupun tidak benar.

    BalasPadam
  2. memang tidak wajar ada pihak yang menuduh sedangkan tiada bukti.

    BalasPadam
  3. saya harap selepas siasatan dibuat, jika benar Rais terlibat beliau perlu dikenakan tindakan undang2. dan sekirannya isu ini hanya fitnah, pihak yang terlibat dalam membuat dan menyebarkan tuduhan ini juga wajar dikenakan tindakan undang2.

    BalasPadam
  4. spekulasi seperti ini mungkin bertujuan untuk memburukkan imej pihak yang dituduh.

    BalasPadam
  5. hal ini perlu disiasat bagi mengetahui pihak mana yng benar.

    BalasPadam
  6. Saya tidak percaya beliau akan berbuat begitu. Harap semua orang jangan menyalahkan beliau sebelum hal ini selesai disiasat.

    BalasPadam
  7. perkara ini boleh memburukkan lagi hubungan antara Malaysia-Indonesia. kena siasat perkara ini betul2.

    BalasPadam
  8. Ini mungkin cara pembangkang untuk melemahkan kekuasaan rais Yatim.

    BalasPadam
  9. Insiden ini patut disiasat supaya kebenaran didedahkan.

    BalasPadam
  10. Even though Rais denied it, the investigation must still go on.

    BalasPadam
  11. Hope that the investigation will be carried on.

    BalasPadam
  12. Jika anda tidak bersalah, tidak perlu takut dan gentar...!! Berusaha untuk membela diri anda.

    BalasPadam
  13. Agree with Folly. There's nothing to be afraid if you didn't do it. After all there is no evidence that Rais did it.

    BalasPadam
  14. But of course we can't tell for sure if he didn't do it. That's why further investigation on this case is important.

    BalasPadam