Jumaat, Januari 07, 2011

PEROMPAK WARGA ASING CEDERA DITEMBAK KETIKA CUBA SERANG POLIS DENGAN SENJATA TAJAM

Perompak Cedera Ditembak Ketika Cuba Serang Polis Dengan Senjata Tajam

TAWAU, 6 Jan (Bernama) -- Polis Tawau percaya dapat melumpuhkan sebuah geng samun di daerah ini apabila menembak seorang anggotanya di bahagian peha kanan manakala dua lagi menyerah diri dalam satu insiden di sini Rabu malam.

Dalam kejadian d Jalan Tiku di sini, seorang lagi suspek bagaimanapun berjaya melepaskan diri.

Menurut sumber polis, tiga suspek yang diberkas itu terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan dua warga asing berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.

Sebelum itu, kesemua suspek telah merompak sebuah rumah di Batu 6, Jalan Apas kira-kira jam 8.15 malam ketika penghuni rumah berkenaan tidak ada di rumah dan melarikan beberapa barangan berharga.

Sumber itu berkata sepasukan lima anggota dalam sebuah kereta telah mengesan kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaiki suspek lalu mengarahkan mereka supaya berhenti.

Selepas gagal mematuhi arahan, sumber itu berkata pihak polis terpaksa menembak tayar dan tangki minyak kereta tersebut sebelum kenderaan itu membuat pusingan 'U' di Jalan Tiku dan merempuh kenderaan polis.

Kesemua suspek kemudian keluar dari kenderaan mereka dan cuba menyerang polis dengan pedang samurai dan pisau Rambo sebelum polis bertindak menembak seorang daripada mereka.

23 ulasan:

  1. bgslah jika perompak ini berjaya ditangkap, tindakan polis tersebut menembak peha penjenayah tersebut adalah wajar kerana dalam keadaan terancam. ia lebih baik daripada tindakan menembak mati penjenayah terus.

    BalasPadam
  2. memang wajar tindakan pihak polis tersebut. penjenayah tersebut terlalu berani, malah cuba menyerang polis pula.

    BalasPadam
  3. semua penjenayah tersebut perlu dikenakan hukuman berat. ini bagi memberikan pengajaran kepada mereka.

    BalasPadam
  4. penjenayah tersebut terlalu berani dan ganas sehingga sangup menyerang polis.

    BalasPadam
  5. tahniah.. keberanian dan kecekapan pihak polis amat dihargai dan diperlukan. tapi lebih baik jika semua PATI di negeri ini dihantar pulang ke negara asal. dengan selesainya masalah PATI di negeri ini maka berkuranglah kes jenayah, kemiskinan dan persaingan ekonomi di negeri ini.

    BalasPadam
  6. jenayah dikalangan PATI tetap akan berlaku jika kewujudan mereka beramai2 di negeri ini tidak ditangani oleh pihak yang berkenaan. tanpa dokumen yang sah, sukar untuk mereka mencari pekerjaan yang akhirnya memaksa mereka melakukan jenayah untuk meneruskan hidup di negeri ini.

    BalasPadam
  7. tahniah kepada pihak polis atas kejayaan ini.

    BalasPadam
  8. PATI semakin berani untuk melakukan jenayah di negeri kita seakan-akan tiada undang2 yang harus dipatuhi..lebih menyedihkan ada rakyat tempatan yang sebulu dengan mereka..

    BalasPadam
  9. diharap pihak polis akan terus melakukan apa yang terbaik untuk memastikan keselamatan kita terjamin.

    BalasPadam
  10. diharap juga isu PATI di sabah akan diselesaikan secepat mungkin..pihak KDN harus bertindak..

    BalasPadam
  11. Itulah nakal.. Pada muka!

    BalasPadam
  12. Taniahlah kepada pihak berkuasa:) Teruskan usaha.

    BalasPadam
  13. Inilah padah jika melakukan kegiatan jenayah.

    BalasPadam
  14. Ya mike. Tak cukup dgn PATI menganggu ketenteraman awam, org tempatan pun ada juga yg buat hal. huhuhu

    BalasPadam
  15. Semoga pihak polis akan terus berusaha utk mengurang kegiatan jenayah di Sabah.

    BalasPadam
  16. This is expected. Who ask them to commit crimes.

    BalasPadam
  17. Good job by the police. Keep up the good work in handling those criminals.

    BalasPadam
  18. Hopefully this incident will frighten the PATI away. Most crime in Sabah are done by the illegal immigrants. To reduce the crime rate, the government should really solve the PATI issue.

    BalasPadam
  19. Baguslah mereka ini ditahan. Siapa suruh mahu menyerang polis..nah kotoh..

    BalasPadam
  20. Tahniah kepada polis kerana dapat menangkap gang samun ini. Baru diorang tahu kena tangkap. Apa yang penting hukuman haruslah setimpal dengan kesalahannya. Tambah lagi kesalahan cuba untuk menyerang polis ketika bertugas boleh dikenakan hukuman yang berat.

    BalasPadam
  21. Congratulations for taking down another criminal.

    BalasPadam
  22. Lihat, ada penglibatan penduduk tempatan. Bagaimana untuk kita membasmi Pendatang Tanpa Izin jika penduduk tempatan tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras mereka?

    BalasPadam
  23. Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika penduduk tempatan tidak melibatkan diri dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

    BalasPadam