Khamis, Julai 29, 2010

95,000 Keluarga Di Seluruh Negara Perlukan Rumah

Lebih 95,000 keluarga di seluruh negara memerlukan rumah, terutamanya di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah, menurut kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Ini merupakan cabaran kepada kami untuk membina rumah kos rendah yang mencukupi bagi golongan ini,"

Bagi memenuhi keperluan itu, kerajaan merancang membina 78,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

"Pembinaan rumah ini akan dibahagikan antara kementerian saya iaitu membabitkan kira-kira 38,000 unit rumah dan selebihnya di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,"

"Kita mahu kenal pasti kawasan yang sesuai berdasarkan keperluan sebab kita tak mahu nanti kita bina orang tak mahu duduk, tak gunalah,"

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung

----

K'jaan Yakin Dapat Sediakan 16,626 Buah Rumah Untuk Rakyat Miskin Akhir Tahun Ini

Kerajaan yakin dapat membina 16,626 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) untuk rakyat miskin menjelang hujung tahun ini,

"Rakyat yang miskin ini bukan sahaja mendapat rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) tetapi kita libatkan juga mereka dengan projek tanaman kelapa sawit, getah dan nanas,"

Kerajaan mahu golongan rakyat termiskin ini mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan berbanding RM400 sebulan sebelum ini.

"Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), PBR diperuntukkan RM1.3 bilion bagi pelaksanaan 50,000 unit rumah di seluruh negara pada tempoh 2010 hingga 2012,"

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

26 ulasan:

  1. jangan lupa, Sabah juga harus diberikan tumpuan dan perhatian.

    BalasPadam
  2. pembinaan rumah kos rendah jika ia boleh membantu rakyat adalah tindakan paling mulia patut dilakukan

    BalasPadam
  3. pembinaan lebih banyak rumah kos rendah adalah wajar bagi memberi rakyat berpendapatan rendah mendapat kesenangan

    BalasPadam
  4. Insya-allah. Rasanya kalo tiada aral-melintang, pembinaan dan pemberian rumah kos rendah kepada mereka yang memerlukan akan berjaya. :)

    BalasPadam
  5. Di sabah pun memerlukan rumah. Kan sabah adalah antara satu negeri yang paling miskin di Malaysia. Sila memberikan tumpuan dan perhatian kepada Sabah.

    BalasPadam
  6. Glad to see that the government is making a move to tackle this issue. Hopefully the plan will go smoothly.

    BalasPadam
  7. A government that listens to the raykat needs will always have the support of rakyat.

    BalasPadam
  8. pembinaan rumah mampu milik adalah satu tindakan yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan. ini akan membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri..

    BalasPadam
  9. mmg ramai lagi rkyat yg memerlukan rumah. kerajan harus menyediakan laebih byk rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat.

    BalasPadam
  10. pembinaan rumah bagi keluarga yang memerlukan akan memberikan keselesaan kepada rakyat.

    BalasPadam
  11. kerajaan haruslah membantu menyelesaikan perkara ini.

    BalasPadam
  12. dengan rakyat yang kurang berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah. jadi kerajaan haruslah merancang sesuatu untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  13. Walauapapun itu, kepentingan rakyat adalah keutamaan..satu lagi projek kerajaan yang akan mendapat perhatian dan pengharapan oleh rakyat...

    BalasPadam
  14. rumah amat diperlukan terutamanya bagi yg berpendapatan rendah.

    BalasPadam
  15. Yang berpendapatan tinggi pun perlukan rumah la supra.. :)

    Bercakap tentang rumah, disabah Sejak Datuk Musa memegang tampuk kepimpinan, telah banyak rumah kos rendah dibina. Dibawah 8MP sebanyak 17,000 telah dibina diseluruh sabah..

    BalasPadam
  16. I want one.. Some people might think that govt not doing anything, but they are totally wrong... they just don't realize or they are already been brain washed by someone or anyone...

    BalasPadam
  17. Banyak keluarga yang memerlukan rumah di negeri ini terutama dari golongan miskin dan miskin tegar. Jangan pekakkan telinga anda.

    BalasPadam
  18. Be transparent and fair.

    BalasPadam
  19. darshania, kalau di sabah, aku lah tu yang tergolong dalam keluarga yang perlukan rumah :P hehhee

    BalasPadam
  20. Betul tu Jacinta. Harap kerajaan akan berusaha atasi perkara ni demi kebaikan smua pihak.

    BalasPadam
  21. Ya supra. Rasanya salah satu cara terbaik utk kurangkan beban rakyat yg berpendapatan rendah ialah permudahkan pemilikan rumah utk golongan ni. So rumah kos rendah utk rakyat, rasanya rakyat pasti boleh hidup lebih selesa.

    BalasPadam
  22. Oo ya time survey2 rumah bulan lepas, banyak tau projek spnb sekarang. Saya pun fikir nak beli satu tapi berdepan dgn masalah downpayment la pula. huhuhu

    BalasPadam
  23. Harus berjimat ni supaya dapat kumpul duit. hehehe.
    Apapun, keep up the good work gov :)

    BalasPadam
  24. Well, the government is keen to help us out. Don
    t be doubtful.

    BalasPadam
  25. Kerajaan negeri Sabah sedang mencuba sedaya upaya untuk membina lebih banyak rumah rakyat miskin. Dijangka pada awal tahun depan, kesemuan rakyat miskin akan mendapat rumah. Kerajaan pusat telah banyak memberikan peruntukan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan. Saya yakin negeri lain juga diberikan peruntukan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan mereka.

    BalasPadam