Khamis, Julai 29, 2010

DR LING DIDAKWA MENIPU KERAJAAN MALAYSIA RM1.08 BILLION

Dr Ling Didakwa Menipu Kerajaan Malaysia

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek 'Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang.

Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari, 1986 hingga Mei, 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 3 September untuk sebutan kes.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Datuk R.R. Sethu.

Para wartawan dan jurugambar yang menanti sejak pagi selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa, hanya mengetahui identitinya apabila Dr Ling tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 4.36 bersama isterinya Toh Puan Ena Ling.

image Beliau yang berbaju biru belang, masuk ke dalam mahkamah pada pukul 4.43 petang dan terus duduk di kandang tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 Sept, 2002 dan 6 Nov, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega 'distribution hub' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah:

a) luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi:

b) kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456.

c) tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah "bayaran tertangguh" selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600), dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/ faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Dengan demikian telah dengan sengaja mendorong Jemaaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Dr Ling merupakan individu kelima dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Akhir tahun lepas, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C.Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.

Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan Phang kerana pecah amanah.

-----

Dr Chua Soi Lek Terkejut Bekas Presiden MCA Didakwa

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya Khamis.

"Bila?... selain daripada beliau (Dr Ling), siapa lagi (yang didakwa)?"

-----

Port Klang Free Zone

PKFZ

Dr Ling Didakwa Tipu Kerajaan Malaysia Membabitkan RM1.08 Bilion

15 ulasan:

  1. Penyiasatan diperlukan mengenai kes ini.

    BalasPadam
  2. Apa yang penting adalah bukti kesalahan. Dalam mana2 trajedi jika tidak ada bukti yang kukuh sukar untuk membuat pertuduhan.

    BalasPadam
  3. tahniah kepada pihak berkuasa kerana berjaya membawa seorang yang memegang gelaran Tun ke muka pengadilan..

    BalasPadam
  4. harap saisatan yang teliti dilakukan bagi mendapatkan kebenaran.

    BalasPadam
  5. biarlah siasatan dilakukan bagi kes ini, tak perlu buat sebarang spekulasi jika belum tahu keadaan sebenar.

    BalasPadam
  6. "Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion."

    2.6 billion kenaikannya..memang mejadikan tanda tanya kalau sudah melambung tinggi. apa pun, siasat betul-betul kes ini.

    BalasPadam
  7. jika benar ia bersalah, hukuman setimpal perlu diberi..

    BalasPadam
  8. Oh dear. This is really serious. Btw, I haven't seen Dr. Ling Liong Sik out in the newspaper or in the news for a long time after he step-down from MCA. But whatever it is, better leave it to them to investigate.

    BalasPadam
  9. janganlah menghukum seseorang itu tanpa perlu disiasat dan bukti kukuh menyabitkannya dengan tuduhan tertentu. samada betul atau tidak, ia harus diadili dengan sewajarnya.....bagaimana pula dengan sumbangan yang dilakukan pada negara? kenapa baru sekarang timbul pula kes-kes sebegini?

    BalasPadam
  10. As they say, this is just the tip of the iceberg. More heads will be rolling in. Just a warm-up entree..

    BalasPadam
  11. Don't just sue him alone, there are other ministers that are involved in the same kind of issues, sue all of them.

    BalasPadam
  12. We can't simply make assumption. Leave this to the authorities to fully investigate this case.

    BalasPadam
  13. If its true he is found guilty, then take legal action towards him.

    BalasPadam
  14. Agree with you Alan, sue the rest that are involved too.

    BalasPadam
  15. Well, I think further investigation is needed before we can take action against him. These are serious allegations, I hope the authorities will conduct a fair and just investigation.

    BalasPadam