Khamis, Jun 17, 2010

TARIKH PILIHAN RAYA AKAN DATANG AKAN MERUPAKAN SATU "KEJUTAN" KEPADA SEMUA PIHAK. - NAJIB

Tarikh Pilihan Raya Satu Kejutan - PM

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dalam lawatan sehari di Kelantan berkata, kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, tarikh pilihan raya akan datang akan merupakan satu "kejutan" kepada semua pihak.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di sini hari ini, beliau menambah, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semangat 1Malaysia," kata Najib ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau mengadakan pilihan raya memandangkan tinjauan menunjukkan sokongan kepadanya semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

imageSatu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Najib berkata, Barisan Nasional perlu terlebih dahulu memberi tumpuan terhadap usaha mengukuhkan kedudukan parti itu sebelum pilihan raya diadakan.

"Usaha kita pertama sekali ialah untuk kuatkan parti. Kita juga perlu mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa," katanya.

Mengenai majlis menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota di Kota Baru sebelum itu, Najib berkata acara itu adalah kunjungan peribadi dan bukannya lawatan kerja.

"Keadaan Sultan semakin baik berdasarkan taklimat yang diberikan oleh doktor peribadi Sultan," katanya.

12 ulasan:

  1. beliau memang patut berbangga dengan keputusan kajian tersebut. namun secara realitinya masih belum dapat dipastikan. oleh itu teruskan memimpin negara dengan adil dan jujur..

    BalasPadam
  2. rakyat ramai meyokong PM, jadi ini mungkin akan membantu kekukuhan pentadbiran beliau untuk masa akan datang.

    BalasPadam
  3. I don't think the survey says everything when reality is very obvious. Don't rush to organize General Election. Take your time.

    BalasPadam
  4. Fokus kepada usaha utk tanggani masalah/isu yg timbul dulu, barulah fikir pasal GE.

    BalasPadam
  5. Kalau ada kejutan lagilah aku tak sabar ni.. hehhehe

    BalasPadam
  6. Makin ramai yang sokong pentadbiran PM ni.. Good:) Appaun saya harap Najib akan teruskan perjuangan :)

    BalasPadam
  7. bgslah jika sokongan rakyat terhadap beliau semakin kuat! harap dalam pilihanraya nanti, ia memberi kelebihan kepada BN,

    BalasPadam
  8. rakyat telah memberi sokongan penuh kepada PM kita, harap PM akan mengutamakan kepentingan rakyat.

    BalasPadam
  9. apa yang boleh dilakukan oleh rakyat adalah tunggu keputusan tarikh pilihanraya umum diumumkan oleh kerajaan..apa yang penting sekarang adalah pembangunan negara..diharap agar Malaysia akan terus membangun dan berdaya saing..

    BalasPadam
  10. adalah perkara baik jika sokongan rakyat terhadap BN dan PM semakin kuat. bagaimanapun, ia disangkal oleh pembangkang. samada ia benar ataupun tidak, kita lihat saja keputusannya pada pilihanraya umum nanti.

    BalasPadam
  11. Najib did the right thing in not abolishing the parliament. It would be ridiculous to organize an election just so to prove the poll.

    BalasPadam
  12. Membubarkan parliment untuk pilihan raya lagi?

    BalasPadam