Pelajar Boleh Dinilai Di Sekolah Jika UPSR Dan PMR Dimansuhkan: Puad
IPOH, 28 Jun (Bernama) -- Ibu bapa tidak perlu khuatir mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana jika ia berlaku, Lembaga Peperiksaan Malaysia masih boleh menyelaras peperiksaan di peringkat sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.
Katanya jika peperiksaan itu dimansuhkan, ia tidak bermakna guru-guru akan mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik pelajar kerana sebenarnya masih terdapat beberapa ujian lain yang perlu dilalui pelajar.
"Pelajar akan dinilai dalam ujian lain di sekolah. Dengan pemansuhan peperiksaan itu ia akan mengurangkan tekanan kepada murid-murid yang terpaksa melalui beberapa ujian besar sehingga tamat persekolahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar Malaysia ke-16 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-28 di sini hari ini.
Mohd Puad berkata cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan juga adalah sejajar dengan hakikat bahawa sistem pendidikan yang dinamik memerlukan perubahan untuk disesuaikan dengan tuntutan semasa.
"Kita memerlukan maklum balas dari persatuan-persatuan guru, Persatuan Ibubapa dan Guru dan orang ramai untuk apa-apa perubahan yang difikirkan perlu oleh Kementerian Pelajaran," katanya
Mohd Puad berkata keputusan pemansuhan dua peperiksaan awam itu tidak akan dibuat terburu-buru sebaliknya bergantung kepada pendapat semua pihak.
"Pada masa ini ramai yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju," katanya.
ramai yang berpendapat jika pemansuhan peperiksaan ini dilaksanakan, pelajar2 akan hilang motivasi. sebenarnya itu tidak akan berlaku kerana masih ada peperiksaan diperingkat sekolah bagi mengukur tahap pencapaian mereka.
BalasPadamkerajaan perlu mengkaji satu bentuk ujian atau peperiksaan bagi tujuan penempatan pelajar ke mana2 aliran. selaraskan cadangan ini dengan sistem2 pendidikan malaysia agar ianya tidak bercanggah atau menimbulkan kesulitan kelak.
BalasPadammungkin sudah tiba masanya untuk kita menerima perubahan sistem pendidikan sesuai dengan keperluan semasa. jika pemansuhan ini mampu mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan sistem pendidikan kita, rakyat patut menerima cadangan ini. namun kerajaan perlu mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu dan menilai setiap pendapat yang dikemukakan rakyat sebelum melaksanakannya.
BalasPadamSebenarnya, ada baik dan buruk dengan cadangan ini. Kita perlu mendapatkan cara yang paling baik untuk pembelajaran murid-murid serta meningkatkan mutu sistem pelajaran dan sekolah di negara kita.
BalasPadamsetuju dengan komen pirate...dengan adanya satu sistem yang baru yang boleh digunakan bagi tujuan penempatan aliran di sekolah, maka pemansuhan upsr dan pmr seharusnya boleh dilaksanakan...
BalasPadamsistem pendidikan kita sekarang harus disesuaikan dengan tuntutan semasa dan lebih dinamik...selain itu, pemansuhan ini juga bertujuan untuk menghapuskan pendidikan berorientasikan peperiksaan di mana menyebabkan stress yang tinggi kepada pelajar dan juga kakitangan pengajar..saya percaya kerajaan akan tidak membuat keputusan dengan terburu-buru..
BalasPadamkerajaan perlu memikirkan perkara ini semasaknya sebelum membuat keputusan, ini kerana peperiksaan penting kerana ia yang akan mendorong pelajar untuk belajar. oleh itu, pendapt umum perlu diambil.
BalasPadamI trust the government will make the right decision by taking consideration of the feedback given by the people.
BalasPadamkerajaan perlu mengubah cara pembelajaran kepada yang lebih sistematik dan dapat mengasah bakat dan kebolehan seseorang pelajar. sistem pembelajaran janganlah fokus kepada di kelas semata-mata, ia perlu fokus kepada teori dan praktikal.
BalasPadamMemang sangat perlu la pendapat2 dari luar, sebab ini melibatkan rakyat dan kesan dari perubahan tersebut rakyat yang rasa. So, amat perlu maklum balas dari luar terutama guru2 dan ibu bapa.
BalasPadamharap dngn keputusan yang dibuat nanti, taraf pendidikan negara akan meningkat.
BalasPadamapa pun keputusan kerajaan, yang kami mahu ia akan memberi kebaikan kepada anak-anak generasi akan datang. altenatif lain haruslah ada untuk mengantikan pemansuhan tersebut.
BalasPadamAs long we still have SPM and STPM, that is all that matters.
BalasPadamI think there should be a replacement for the abolished exams. A new compatible system. But before that there must be feedbacks from teachers and parents themselves. But whatever it is, if the Govt decide, then have to accept it.
BalasPadamkerjasama dari semua pihak untuk memberi pendapat sangatlah dialu-alukan. bantu kerajaan untuk mencari cara lain untuk mengantikan pemansuhan tersebut..
BalasPadamHopefully the minister of education will make serious considerations based on the people's wants and needs.
BalasPadamMalaysian students are used to these exams. Don't repeat the same mistakes over again.
BalasPadamYa, maklum balas daripada pelbagai pihak diperlukan sebelum membuat keputusan.
BalasPadamItu sudah semestinya.Sebelum apa2 dilaksanakan, baik dengar dulu pendapat sejagat.
BalasPadamHarap kementerian pendidikan akan mengambil kira semua pandangan daripada pelbagai pihak dan membuat keputusan terbaik daripadanya.
BalasPadamThe government should make their decision based on all these feedback and opinions from the public. The teachers and headmasters should know better, since they have the kind of first hand experiences involved. They can provide good suggestions as to what action can be best for the students and education system.
BalasPadamI agree with Alimmudin. School curriculum maybe use as a measurement of student's achievement. It will be much more fairer.
BalasPadamMore feedback from various sources must be taken into consideration. We must make sure that the best decision will be made for the sake of our education system.
BalasPadamI hope that the government will do what is best for the country.
BalasPadamDo a wise decision for Malaysia.
BalasPadamJangan ulangi kesilapan lalu. Nanti banyak orang yang akan merana akibat keputusan itu.
BalasPadam