Rabu, April 07, 2010

PENJAJA JAMU DI KALANGAN PENDATANG TANPA IZIN TERLIBAT SEBAGAI PENGEDAR PIL PENCEGAH KEHAMILAN SECARA HARAM

Penjaja jamu kalangan pendatang juga terlibat edar pil cegah hamil

7th April, 2010 KENINGAU: ‘Mbk-mbk jamu’ yang sinonim dengan aktiviti penjaja jamu di kalangan pendatang tanpa izin, memeranjatkan apabila mereka juga terlibat sebagai pengedar pil pencegah kehamilan secara haram.

“Mereka berselindung dengan menjual jamu,” dedah seorang mangsa yang tidak mahu dinamakan.

Setahun yang lalu, Keningau menjadi bahan kritikan pelancong luar negara, kerana pil cegah kehamilan yang diklasifikasikan sebagai ‘bahan berjadual’, boleh didapati secara terbuka di bandar kecil itu.

Jabatan Kesihatan Daerah menjalankan operasi selepas kritikan pelancong itu didedahkan dalam akhbar.

Bagaimanapun kegiatan berulang semula, menyaksikan pil-pil cegah kehamilan dijual seumpama gula-gula di sini.

“Sesiapa pun boleh memilikinya dengan begitu mudah,” jawab seorang pengguna remaja, sambil menunjukkan beberapa jenama yang sering kali beliau gunakan.

Selain pil cegah kehamilan, kondom juga dijual tanpa batasan di kaki lima di Keningau.

Seorang penjual yang ditanya mengenai itu memberitahu, pasaran terhadap pil cegah kehamilan dan kondom begitu tinggi di Keningau, dan mereka yang menjadi pelanggan terdiri daripada kaum remaja, atau pekerja pusat-pusat hiburan.

Ketika wartawan akhbar ini melakukan penyamaran untuk mendapatkan perincian mengenai aktiviti berkenaan, seorang penjual jamu mendedahkan bahawa mereka juga mempunyai kepakaran untuk menggugurkan kandungan.

“Kami boleh gugurkan kandungan,” akui seorang penjual jamu dan berkata, perkhidmatan seperti itu sering dilanggani oleh mereka yang mengandung sebelum bernikah, isteri curang atau remaja mengalami masalah ‘terlanjur’ bersama pasangan.

Secara terperinci, penjual jamu itu mendedahkan dua kaedah untuk menggugurkan kandungan – cara tradisional dengan bayaranRM300 atau menelan pil tertentu dengan bayaran RM150.

“Dunia yang semakin moden ini, memberikan kita pelbagai cara untuk melayani pelbagai masalah manusia … dan ini bukan masalah baru,” jelas seorang penjual jamu yang hanya mahu dikenali sebagai Mina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan