Selasa, Februari 16, 2010

"SAYA HARI INI TERKEJUT, BELI AKHBAR HARAKAH DAN TERTULIS DI DALAMNYA 'KERJA JAHAT UTUSAN, FITNAH BERTERUSAN TERHADAP GUAN ENG, TERKINI ISU MAULIDUR RASUL'.

Guan Eng bohong bukan Utusan - Ibrahim

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pendedahan pekeliling pembatalan perarakan Maulidur Rasul seperti disiarkan Utusan Malaysia semalam membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbohong mengatakan arahan itu tidak pernah dikeluarkan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, apa yang terjadi ialah Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan itu selepas melihat tentangan kuat umat Islam di seluruh negara.

Menurutnya, beliau kesal dengan tuduhan mengatakan Utusan Malaysia membuat fitnah dalam isu itu sedangkan bukti yang ada jelas menunjukkan laporan akhbar berpengaruh itu adalah benar.

"Saya hari ini terkejut, beli akhbar Harakah dan tertulis di dalamnya 'Kerja jahat Utusan, fitnah berterusan terhadap Guan Eng, terkini isu Maulidur Rasul'.

"Hari ini juga saya baca dalam Utusan Malaysia dan disiarkan surat yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir. Itu bukti yang Guan Eng berbohong.

"Tetapi Harakah, sebuah akhbar yang didokong parti Islam boleh bela Guan Eng yang batal perarakan Maulud," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan