Kanak-kanak main tali mati tergantung
BATU PAHAT 15 Feb. – Tempoh 15 minit bukanlah lama, namun apa yang berlaku terhadap keluarga ini pasti akan disesali seumur hidup.
Ini kerana dalam tempoh itu, seorang ibu telah meninggalkan dua anaknya berusia lima dan 12 tahun di rumah tanpa penjagaan.
Detik itu juga telah meragut nyawa salah seorang anaknya yang bermain tali dan tanpa disengajakan menjerut leher mangsa.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika Nurul Azila Aziz, 5, dan Mohd. Ikhman, 12, bermain di ruang dapur rumahnya di Kampung Parit Sempadan di sini, pada 2 Februari lalu.
Ibu mereka, Hamizah Jamari, 37, pula keluar untuk menghantar anaknya, Nurul Arisa, 7, ke Sekolah Agama Gambut yang terletak berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan