Khamis, Februari 18, 2010

GEMPA BUMI DI 4 NEGARA PAGI INI

[image[5].png]

Gempa gegar tiga negara - China, Russia, Korea Utara

BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.8 mangnitud menggegarkan tiga negara - China, Russia dan sempadan Korea Utara, awal hari ini.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa jam 9.15 pagi waktu tempatan itu menggegarkan banyak bangunan pejabat di Beijing dalam tempoh melebihi satu minit.

USGS berkata, gempa berpusat di pesisir pantai Russian dan Jepan di 98 kilometer (km) di barat Vladivostok, Russia dan 110km di timur bandar Yanji di utara Wilayah Jilin di China.

Seorang pegawai bencana/gempa di Wilayah Jilin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terkini mengenai kejadian itu, termasuk mangsa dan kerosakan yang berlaku.

---

Gempa bumi gegar Pulau Kermadec Selatan Pasifik

WELLINGTON: Gempa bumi pada magnitud 5.8 menggegarkan kepulauan Kermadec, berhampiran New Zealand di selatan Pasifik, awal pagi tadi, tetapi tiada tanda-tanda tsunami ditunjukkan, kata pengkaji gempa bumi.

Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda jam 2.38 pagi (waktu Malaysia) itu tidak berapa dalam dengan kedalaman pusat gempa 35 kilometer (km) dan terletak 56 km di selatan utama kepulauan Kermadec, Raoul.

Lengkuk pulau di timur laut New Zealand itu tidak mempunyai penghuni.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran susulan kejadian gempa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan