Selasa, Januari 05, 2010

JIKA BERLAKU KECEMASAN MELIBATKAN LOJI NUKLEAR ITU, PENDUDUK TIDAK MEMPUNYAI JALAN KELUAR KERANA JALAN-JALAN DITUTUP AKIBAT TANAH RUNTUH,

Loji nuklear Brazil disyor tutup

KAWASAN bukit di Morro da Carioca dalam bandar raya Angra dos Reis dekat Rio de Janeiro, Brazil, mengalami kejadian tanah runtuh yang dahsyat, Sabtu lalu. - AP

ANGRA DOS REIS, Brazil 4 Jan. - Dua loji nuklear berdekatan sebuah bandar di selatan Brazil yang dilanda tanah runtuh mungkin perlu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Datuk Bandar Angra Dos Reis, Tuca Jordao mengesyorkan langkah tersebut semalam, ketika angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri Rio de Janeiro meningkat kepada 75 orang.

"Tidak ada masalah dengan operasi di Angra I dan Angra II tetapi jika tanah runtuh terus berlaku di kawasan bukit, kita perlu menutup kedua-dua loji," kata Jordao dalam sidang media di bandar tepi pantai ini, kira-kira 150 kilometer ke selatan Rio de Janeiro.

Jika berlaku kecemasan melibatkan loji nuklear itu, penduduk tidak mempunyai jalan keluar kerana jalan-jalan ditutup akibat tanah runtuh, jelas beliau.

Angra Dos Reis terletak berhampiran pulau Ilha Grande, di mana 29 orang maut dalam banjir lumpur pada Jumaat lalu, termasuk 28 orang di dalam sebuah hotel mewah di kaki bukit. Seramai 15 lagi mangsa terkorban di tengah bandar ini.

Hujan tidak henti-henti menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh yang meragut sekurang-kurangnya 75 nyawa di seluruh Rio de Janeiro sejak Rabu lalu.

Berpuluh-puluh mangsa masih hilang dan lebih 4,000 penduduk terpaksa berpindah.

Pasukan penyelamat semalam terus menjalankan operasi mencari mangsa dalam lumpur dan runtuhan di Hotel Sankay, yang popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Kira-kira 40 orang yang meraikan kedatangan Tahun Baru menginap di hotel tersebut semasa kejadian tanah runtuh. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan