Sabtu, Oktober 10, 2009

SABAH YAKIN CAPAI CUMA 15% SASARAN PELAKSANAAN JALUR LEBAR KEBANGSAAN (NBI) TAHUN DEPAN ?????!!!!!

KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sabah yakin mampu mencapai 30 peratus daripada sasaran 50 peratus Pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) isi rumah menjelang tahun depan, kata Menteri Pembangunan Sumber Asli dan Teknologi Maklumat negeri Datuk Dr Yee Moh Chai pada hari Sabtu.

Beliau berkata kerajaan negeri mengaku selama ini, Sabah sentiasa ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta capaian kemudahan jalur lebar.

Kadar capaian kemudahan jalur lebar isi rumah di Sabah sekarang hanya sebanyak 11 peratus, kata beliau.

"Kami akan usahakannya melalui program yang sedang dilaksanakan...sebenarnya, kami ingin berada setara dengan yang lain (negeri lain di seluruh negara). Kami tak mahu melihat ada negeri yang ketinggalan berbanding negeri lain.

"Oleh itu, patut sangatlah ada satu dasar nasional di mana setiap negeri sama dengan yang lain agar kami dapat kukuhkan kedudukan kami di peringkat nasional," kata Yee kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Jalur Lebar anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.

Pengarah MCMC Sabah dan Labuan Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop berkata capaian 15 peratus isi rumah terhadap kemudahan jalur lebar dijangka menjadi kenyataan di negeri ini menjelang tahun depan.

MCMC menetapkan sasaran NBI pada kadar 50 peratus isi rumah di seluruh negara tahun depan. Kini, Malaysia merupakan antara negara yang berada di kedudukan paling bawah daripada segi capaian kemudahan jalur lebar berbanding negara anggota Asean lain.

Yee berkata menjelang akhir tahun ini, kementerian itu berharap dapat menyediakan latihan dalam bidang ICT kepada kira-kira 80,000 penduduk negeri ini melalui program yang dijalankan sejak empat tahun lepas.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad berkata antara cara bagi memperkenalkan kemudahan jalur lebar kepada orang ramai ialah penubuhan Pusat Jalur Lebar Masyarakat (CBC) dan setakat ini enam pusat berkenaan telah diwujudkan di Sabah.

CBC galak jalur lebar

kkzy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan