Ahad, Oktober 11, 2009

8.10.2009 PENGADILAN PERTANDINGAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) KG. SILOU PERINGKAT NEGERI SABAH

IMG_1304   IMG_1307 Kg. Silou Ranau 8hb. Oktober 2009: Bertempat di Mini Dewan Kg. Silou telah diadakan Pengadilan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) oleh pengadil yang terdiri daripada pegawai jabatan-jabatan kerajaan seperti KEMAS, Pendidikan, Kesihatan, ICT negeri dan jabatan yang berkenaan.

IMG_1345 IMG_1350 IMG_1351 IMG_1332 IMG_1360 Sambutan telah diadakan dengan paluan kompang,  persembahan seni silat spring oleh beliawanis Kg. Silou, paluan gong dan koir sejurus pangadil memasuki Mini Dewan Kg Silou.

Acara di mulakan dengan ucapan alu-aluan ringkas dari pengacara majlis En. Zaini Sadi dan seterusnya dengan bacaan doa selamat oleh En. Wasnin Dahas.

IMG_1362 Sebelum pengadilan di mulakan taklimat ringkas telah disampaikan oleh ketua pengadil.

IMG_1368 Seterusnya taklimat tentang Aspek-aspek yang akan diadili telah telah disampaikan oleh En. Jamain Abdul Halim.

IMG_1391 Selesai sahaja taklimat, pengadil telah dibawa oleh biro-biro untuk membuat tinjauan tentang aspek-aspek masing-masing.

Para pengadil dan telah di jemput untuk menikmati minum petang di Slagon Homestay Kg Silou.

IMG_1397

Tiada ulasan:

Catat Ulasan