Ahad, Oktober 18, 2009

KABINET PERSEKUTUAN TELAH BERSETUJU UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH JAWATANKUASA KABINET DAN JAWATANKUASA TEKNIKAL MENGENAI BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

"Sebelum ini, satu unit khas di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) telah ditubuhkan. Bagaimanapun, prestasi yang ditunjukkan unit ini tidak mencapai aspirasi penubuhannya.

"Kami mengajukan kepada Perdana Menteri supaya unit khas ini dinaiktaraf menjadi sebuah Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri supaya isu-isu yang menjadi keprihatinan utama rakyat ini dapat ditangani di peringkat kepimpinan tertinggi pusat,"

"Keputusan kabinet ini menjadi satu lagi lonjakan kepada falsafah kepimpinan beliau 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Penubuhan jawatankuasa ini boleh menyelesaikan banyak isu di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tertunggak selama ini,"

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan