Rabu, Mei 06, 2009

CJA TIDAK KOMPROMI DENGAN KEBEBASAN AKHBAR

image KUCHING, 6 Mei (Bernama) -- Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) yang menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia Ahad lalu dengan mengadakan seminar dan perjumpaan di seluruh cawangannya, tidak akan berkompromi dengan isu kebebasan akhbar.

imagePresiden CJA, Hassan Shahriar berkata CJA akan sentiasa membantu para wartawannya dalam menegakkan kebebasan akhbar.

"Sepanjang tahun terutama pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei, kita sentiasa mengingati dan berdoa kepada rakan-rakan kita di dalan Komanwel yang menghadapi tapisan, penghinaan, penderaan malah lebih teruk kematian dalam menjalankan tugas mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

CJA mengadakan persidangan kelapannya di Kuching tahun lalu yang turut mengeluarkan komunike mengenai kebebasan akhbar.

Beliau berkata mereka yang tinggal di negara Komanwel seperti Great Britain, India, Kanada, Australia dan New Zealand memilik kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara, tetapi di banyak negara Komanwel yang lain, kerajaan, samseng dan ketua-ketua puak dan lain-lain lagi menekan dan campur tangan dalam kebebasan akhbar.

Hassan Shahriar berkata melalui Internet, mudah diketahui mengenai penghinaan kepada kebebasan akhbar dan pres di seluruh dunia, termasuk pendedahan "gaya kepimpinan Robert Mugabe" yang mendapat cemuhan dunia.

"Kita berpendapat bahawa perubahan yang dicadangan di Zimbabwe agar membenarkan kebebasan akhbar yang lebih luas adalah hasil tekanan sedunia," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan