Jumaat, April 17, 2009

KABINET JANGAN JADI SITKOM 'YES MINISTER' - TIMBALAN SPEAKER

image

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mahu barisan kabinet baru mendalami fungsi dan tanggungjawab kementerian masing-masing agar tidak diumpamakan seperti menteri dalam program "Yes Minister".

Beliau berkata apabila menteri dan timbalan menteri dilantik, mereka perlu dilihat layak memegang jawatan itu dengan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai tugas masing-masing.

"Kita (menteri dan timbalan menteri) tidak boleh cepat berpuas hati jika sudah dilantik menjadi menteri, sekarang ini kelihatan anda seperti tidak perlu tahu segala-galanya kerana pegawai anda melakukan segala-galanya.

"Kita (menteri dan timbalan menteri) tidak boleh cepat berpuas hati jika sudah dilantik menjadi menteri, sekarang ini kelihatan anda seperti tidak perlu tahu segala-galanya kerana pegawai anda melakukan segala-galanya.

"Jadi menteri-menteri seperti ini akan jadi seperti siri sitkom popular di England iaitu 'Yes Minister' yang mana menteri itu tak tahu hujung pangkal, dia harap pegawai dia saja yang tahu," katanya.

image "Yes Minister" ialah siri sitkom England yang popular pada tahun 80-an.

"Kita kena belajar supaya bila kita masuk ke Dewan datanglah sesiapa yang menyoal kita, kita akan tahu di hujung jari mengenai tugas kita.

"Jangan bila ada anggota Parlimen yang soal, menteri tak boleh jawab...malu jadi menteri dan timbalan menteri. Saya yang jadi Speaker malu juga sebab saya yang duduk di sana dan terpaksa dengar semuanya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan