KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Orang ramai yang mempunyai kesukaran mencari pembantu rumah atau yang ingin menawarkan khidmat dalam sektor itu kini boleh berbuat demikian menerusi satu laman web yang menemukan majikan dengan pemberi khidmat.
Laman web itu, http://www.oranggaji.com/ yang dibangunkan oleh Homeneed Services Sdn Bhd, membolehkan bakal majikan mengiklankan perkhidmatan yang mereka inginkan manakala pemberi khidmat pula boleh mengiklankan khidmat yang mereka tawarkan.
Beliau berkata laman web itu juga bertujuan membantu mereka yang menghadapi masalah mendapatkan pembantu rumah bagi menjaga kanak-kanak atau warga emas yang uzur tanpa terlalu banyak prosedur serta perbelanjaan tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan