KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Sekolah di kawasan luar bandar digalak menyertai pertandingan mengeja dalam bahasa Inggeris "Spell It Right" (SIR) dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berkenaan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata pertandingan seperti ini adalah salah satu kaedah bagi membantu para pelajar menguasai bahasa Inggeris serta memupuk kemahiran itu dalam diri mereka.
"Ini akan banyak membantu mereka apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan RHB-New Straits Times "Spell-It-Right Challenge", di sini hari ini.
"Menang atau kalah bukanlah tujuan utama menyertai pertandingan ini, apa yang penting adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan juga keyakinan diri para pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris " katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan