Jumaat, April 17, 2009

PENGGUNA PERLU TERIMA HAKIKAT KENAIKAN HARGA BARANG, KATA FOMCA

image KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Masanya telah tiba bagi para pengguna di Malaysia menerima hakikat tentang kenaikan harga barangan dan berusaha menyesuaikan diri dengan mengubah gaya hidup, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Presidennya Datuk N. Marimuthu berkata pengguna tidak seharusnya menuding jari ke arah kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang, tetapi sebaliknya hendaklah mencari jalan untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi masalah itu.

"Para pengguna perlu menilai kembali perbelanjaan mereka dengan menumpukan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sahaja," katanya pada pelancaran buku kecil bertajuk "Isu Kenaikan Harga" di sini Jumaat.

Beliau menekankan tentang pentingnya pengguna bersikap lebih bertanggungjawab terhadap perbelanjaan masing-masing kerana kajian Fomca mendapati kenaikan harga barang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan