Jumaat, Mac 20, 2009

BRUNEI, SABAH ADAKAN PROMOSI BERSAMA DALAM PELANCONGAN

nite02 KOTA KINABALU, 20 Mac (Bernama) -- Brunei dan Sabah bersetuju mengadakan promosi bersama dalam sektor pelancongan melalui rangkaian syarikat penerbangan kebangsaan negara itu, Royal Brunei Airline (RBA) di seluruh dunia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata negeri ini mengiktiraf sumbangan RBA untuk membawa masuk pelancong ke Sabah terutamanya dari Australia, New Zealand dan Indonesia.

"Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Lembaga Pelancongan Sabah dan RBA yang menyenaraikan keperluan bagi kedua-dua pihak untuk bekerja rapat dan mengenalpasti bidang di mana kedua-duanya boleh bekerjasama untuk manfaat bersama.

"Kita ingin meningkatkan kerjasama ini dengan mencari jalan di mana kita boleh membawa masuk lebih ramai pelancong dari Australia malah dari Indonesia melalui Brunei,".

Masidi juga berkata RBA akan mempertimbangkan untuk menambah penerbangan setiap hari antara Bandar Seri Begawan dan Kota Kinabalu berikutan permintaan yang meningkat.

"Pada ketika ini, ada dua penerbangan antara Bandar Seri Begawan dan Kota Kinabalu setiap hari," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan