Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 15, 2012

PATI IBARAT ‘MULANYA MANIS TETAPI KEMUDIANNYA MENJADI PAHIT’ - JUSTIN

Anggota Rela mampu bantu RCI tangani isu PATI

KENINGAU 11 Dis. - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mampu membantu Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Justin Guka berkata, anggota Rela boleh mengesan kesahihan MyKad yang dimiliki oleh segelintir PATI, sekali gus mengetahui bagaimana mereka memperolehinya.

tegas beliau yang juga Leftenan Kehormat Rela, setiap platun Rela di kampung masing-masing perlu peka dengan kehadiran penduduk atau orang asing yang mencurigakan.

"Sebagai anggota Rela kita perlu siasat latar belakang, dari mana mereka datang termasuk meneliti kad pengenalan yang dimiliki dan jangan sekali-kali berkompromi dengan PATI,"

Ahad, Mac 25, 2012

22 PTI TERLIBAT PERNIAGAAN MENJUAL SAYUR DI KUNDASANG DIBERKAS

22 PTI jual sayur di Kundasang diberkas

KUNDASANG Mac 25, 2012:  Seramai 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen ditahan dalam ‘Ops Kutip’ yang dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar pekan Kundasang Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 13 orang merupakan warga Indonesia manakala sembilan orang lagi warga Filipina.

“Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Noor Abu Bakar di mana seramai 70 orang warga asing telah diperiksa.

Rabu, Disember 07, 2011

ELAUN RELA PERLU DINAIKKAN MEMANDANGKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEMAKIN MENCABAR

Elaun Rela perlu dinaikkan: Ellron

0512_elaun1

PAKAIAN ... Ellron menyampaikan pakain seragam kepada Ketua Platun Rela Kg. Rimbayang Asun Bunan.

6th Dec 2011 : KENINGAU Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Ellron Alfred Angin meminta kerajaan supaya mengkaji dan menimbang kenaikan elaun anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) semasa menjalankan tugas.

Katanya, elaun anggota Rela perlu dinaikkan memandangkan tugas dan tanggungjawab mereka semakin mencabar semasa menjalankan tugas menjaga keselamatan sama ada di kampung dan juga di kawasan bandar.

Sabtu, Ogos 06, 2011

PAMPASAN INSURANS PERLINDUNGAN KELOMPOK DITERIMA CUMA RM99?

Pampasan cuma RM99

KEAN EWE (kanan) menunjukkan pampasan RM99 yang diterima kepada Swee Kong di Ipoh semalam.

IPOH - Sudahlah terlantar hampir dua minggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat dirempuh pelesit rempit semasa menyertai satu operasi bersepadu, pampasan insurans yang diterimanya cuma RM99.

Demikian nasib anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Khaw Kean Ewe, 44, yang mendakwa nilai pampasan perlindungan insurans kelompok yang diterimanya tidak memadai dengan kecederaan serius yang dialami pada 9 September 2007 itu.

Ahad, Julai 25, 2010

24/07/2010 – MAJLIS PERASMIAN & PENANGGUHAN PROGRAM BICARA ILMU ANJURAN KKLBW BERSAMA AJK MASJID NUR HIKMAH KG. SILOU RANAU OLEH YB DATUK HJ. MASIDI MANJUN

image
24/07/2010 Sabtu – Bertempat di Mini Dewan Kg. Silou telah di laksanakan Program Forum Bicara Ilmu bertahuk “AKHLAK, AQIDAH DAN SYARIAT MELAHIRKAN GENERASI TERBAIK” anjuran bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, KEMAS Negeri bersama AJK Masjid Nur Hikmah Kg. Silou Ranau.
DSC03318 - Copy
Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Hj. Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah.
 
 
image
Seramai 219 peserta dari daerah Ranau telah menyertai forum tersebut.
 
 
image
Ahli penal terdiri daripada Ustaz Hj. Madli Hj. Mansur Imam Daerah Kota Belud, Ustaz. Hj. Abd. Rahman Datuk Hj. Ahmad Pembantu Dakwah Pegawai Hal Ehwal Islam dan Ustaz Abd. Razak Hj. Hamdin Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Pendalaman Atas.
~~~~~~
PERSEDIAAN AWAL AJK PELAKSANA 
 ~~~~~
 PENDAFTARAN & FORUM BICARA ILMU
 

~~~~~ 

PERAMSI PROGRAM BICARA ILMU YB. DATUK HJ. MASIDI MANJUN 

~~~~~

Jumaat, Mei 21, 2010

PLATUN 0082 RELA KG. SILOU BERKERJASAMA DENGAN POLIS DAERAH RANAU

“Ask not what your country can do for you - Ask what you can do for your country”

“Jangan tanya apa negara buat untuk kita, tanya apa kita buat untuk negara”

John F. Kennedy - January 20th 1961

DSC02407

 

image

d

DSC02415

 

DSC02430

 

DSC02439