Ahad, Mac 25, 2012

22 PTI TERLIBAT PERNIAGAAN MENJUAL SAYUR DI KUNDASANG DIBERKAS

22 PTI jual sayur di Kundasang diberkas

KUNDASANG Mac 25, 2012:  Seramai 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen ditahan dalam ‘Ops Kutip’ yang dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar pekan Kundasang Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 13 orang merupakan warga Indonesia manakala sembilan orang lagi warga Filipina.

“Operasi itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Noor Abu Bakar di mana seramai 70 orang warga asing telah diperiksa.

“Operasi itu juga adalah berdasarkan daripada aduan orang awam yang menyatakan bahawa ada warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan berniaga di kawasan Tamu Kundasang di samping kesalahan-kesalahan imigresen yang lain seperti memegang pas lawatan sosial tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Sementara itu, Mentek turut memberi amaran tegas kepada pemilik-pemilik ladang sayur di sekitar Kundasang dan Ranau agar tidak menggaji pendatang tanpa izin (PTI).

“Pihak jabatan akan membuat pemeriksaan ke semua ladang di daerah berkenaan dalam masa yang terdekat ini, tiada kompromi akan diberikan terhadap majikan yang didapati bersalah,” katanya.

Tambahnya, sekiranya majikan menggaji individu yang tidak memiliki pas yang sah boleh didakwa mengikut Seksyen 55B (1) Akta Imigresen yang memperuntukkan denda RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Operasi yang dijalankan itu turut dibantu oleh 30 anggota Rela Ranau, seorang dari pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta empat pegawai dari Majlis Daerah Ranau.

19 ulasan:

  1. Good job from the Immigration Department on this Ops Kutip for successfully detained 22 illegal immigrants in Kundasang. Keep up the good job.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..usaha seperti ini perlu diteruskan lagi.

      Padam
  2. Local employers should not hire illegal immigrants, make sure the foreigners have the legit documents and working pas otherwise they shouldn't be given any jobs.

    BalasPadam
    Balasan
    1. majikan yang menggaji pati harus dikenakan tindakan yang tegas.

      Padam
  3. 22 orang? Kira ramai juga tu. Mesti penjual sayur tempatan sudah lama tidak berpuas hati. Baguslah diberkas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PATI bersaing dgn orang tempatan.. pasti kedudukan orang tempatan tergugat.

      Padam
    2. persaingan mereka dengan peniaga tempatan pasti merugikan peniaga tempatan.

      Padam
  4. Operasi seperti tu harus kerap dilakukan.

    BalasPadam
  5. bgs.. perbanyakkan lagi operasi dalam membanteras PATI.

    BalasPadam
  6. operasi seperti ini memang wajar dilakukan dan perlu dibuat dengan lebih kerap.

    BalasPadam
  7. harap lebih banyak pati yang akan diberkas selepas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena menghentikan aktiviti mereka ini, jangan membiarkan mereka berlepak-lepak.

      Padam
  8. Yang perlu didenda adalah majikan PATI itu sendiri kerana memberikan mereka perkerjaan. Maka harap majikan yang mengajikan PATI akan dikenakan tindakkan.

    BalasPadam
  9. Beginilah yang kita mahukan. Semua pihak bersatu untuk memastikan masalah PATI ini dapat ditangani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hope this problem will get solved soon.

      Padam
  10. Kerjasama dan maklumat dari orang awam juga sangat penting mengenai perkara ini bagi memudahkan tindakkan seterusnya dilakukan oleh pihak yang berkuasa.

    BalasPadam
  11. Mereka tidak layak untuk mendapat keuntungan orang kita.

    BalasPadam
  12. teruskan operasi memberkas semua PATI di negeri ini samada yang berniaga, bekerja makan gaji, mahupun yang berkeliaran..

    BalasPadam
  13. syabas..atas kejayaan itu..terus dan tingkatkan. kalaulah semua bekerjasama buat macam tu aman kita terutama di kawasan
    persisiran pantai.

    BalasPadam