RM5.3b dikirim ke Indonesia dari Malaysia
Angka itu mewakili lebih separuh jumlah dihantar seluruh Asia Pasifik
JAKARTA 2011/11/02: Pekerja Indonesia di Malaysia mengirim pulang ke tanah air mereka wang berjumlah AS$1.7 bilion (RM5.3 bilion) pada suku ketiga tahun ini (2011), demikian menurut catatan bank pusat, Bank Indonesia (BI).
Angka itu mewakili lebih daripada separuh jumlah wang sebanyak AS$2.91 bilion (RM9.02 bilion) yang dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di kawasan Asia Pasifik.
Jurucakap BI, Difi Johansyah berkata, kiriman wang oleh pekerja Indonesia di luar negara ke tanah air mereka mencapai AS$5.05 bilion (RM15.7 bilion) atau kira-kira Rp43 trilion sepanjang suku ketiga tahun ini dan TKI bekerja di Asia mengirim pulang paling banyak wang.
“TKI di kawasan Asia Pasifik mengirim wang ke Indonesia mencapai AS$2.91 bilion. Terbesar dibandingkan kawasan lain,” kata Difi yang dipetik detikfinance melalui portal berita detik.com di sini, semalam.
Beliau berkata, TKI yang bekerja di kawasan Asia Barat dan Afrika mengirim pulang wang berjumlah AS$2.01 bilion (RM6.23 bilion) dan daripada jumlah itu mereka yang bekerja di Arab Saudi menyumbang jumlah paling besar iaitu sebanyak AS$1.68 bilion RM5.21 bilion).
Inilah salah satu isu yang timbul jika negara kita terlalu bergantung pada pekerja asing.
BalasPadamLebih baik negara kita menggunakan pekerja tempatan daripada bergantung pada pekerja asing sahaja.
BalasPadampihak majikan perlulah mengutamakan pengambilan warga tempatan..
BalasPadamharap pergantungan terhadap pekerja asing akan dapat dikurangkan dari masa ke masa..
BalasPadamBoleh rugi macam ni.
BalasPadamKena kawal pengambilan pekerja asing.
BalasPadambegitu byk wang yang dikirim.
BalasPadamjika begini habislah wang kita dialirkan ke luar.
BalasPadamkesannya, dalam jangka masa panjang keadaan ini akan merugikan negara. ia akan menjejaskan ekonomi negara terutama dari aspek pertukaran mata wang dan memberi kesan terhadap nilai rizab negara.
BalasPadamkerajaan perlu bertindak pantas mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengusir semua pendatang haram di negara ini.. tidak salah menggaji pekerja asing tapi biarlah jumlah mereka dihadkan..
BalasPadamlain lagi yang membawa wang Malaysia keluar secara haram.
BalasPadamkedaan ini memang akan menjejaskan ekonomi negara. keseimbangan pendapatan negara boleh terjejas jika jumlah wang yang dihantar oleh TKI diambilkira dengan jumlah pekerja asing di negara ini. oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah bijak dalam mengatasi perkara ini seperti mengawal jumlah wang yang dihantar pulang oleh TKI memandangkan mereka menghantar duit ke luar negara melalui bank.
BalasPadamaliaran mata wang keluar dari dalam negara
BalasPadamIni membuktikan pekerja warga asing sangat ramai di Malaysia.
BalasPadam