Borang Pemberian Bantuan Isi Rumah Dijangka Keluar Disember
BANGI, 1 Nov (Bernama) -- Borang pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dijangka mula dikeluarkan pada bulan Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata borang itu boleh dimuat turun menerusi laman web LHDN selain diperoleh di semua pejabat agensi berkenaan.
Beliau berkata borang itu juga mungkin disiarkan dalam akhbar dan setelah mereka yang layak menghantar borang tersebut kepada LHDN, pembayaran dijangka mula dibuat pada bulan Januari.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan sedang memperkemaskan 'definisi isi rumah' yang telah siap 98 peratus dan dijangka disempurnakan dalam masa dua minggu lagi.
Mohd Shukor berkata pembayaran kepada penerima yang layak akan dibuat melalui Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.
Beliau berkata pihaknya juga akan mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.
Sementara itu, Mohd Shukor berkata laman sosial rasmi LHDN iaitu Facebook, Twitter dan Youtube yang dilancarkan dalam pada hari ini akan mula beroperasi.
Beliau berkata dengan adanya pendekatan laman sosial rasmi tersebut, LHDN berharap dapat lebih mendekati pembayar cukai dan menarik minat mereka untuk menunaikan bayaran cukai.
"Kita tahu bahawa laman sosial rasmi sangat popular di kalangan golongan muda jadi kita menggunakan pendekatan ini untuk menarik mereka. Ia dilancarkan sebagai pelengkap kepada laman web yang sedia ada supaya kita setanding dengan agensi-agensi lain," katanya.
Beliau berkata dengan adanya laman sosial rasmi, LHDN bukan sahaja dapat menyediakan platform untuk berinteraksi dan menerima maklum balas daripada pembayar cukai malah ia dapat dijadikan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan percukaian dan promosi perkhidmatan LHDN.
Baguslah, sesiapa yang layak boleh memohon.
BalasPadamPastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku!
BalasPadamDiharapkan mereka yang betul-betul memerlukankannya akan mendapat bantuan isi-rumah ini.
BalasPadamSemoga bantuan isi-rumah ini boleh membantu meringankan bebanan mereka yang miskin tegar.
BalasPadamsesiapa yang berkelaykan perlu memohon segera, bantuan ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
BalasPadampemberian bantuan juga kena diberikan dgn adil dan hnya pada mereka yang layak.
BalasPadamsiapa yang layak memohon bolehlah memohon untuk mendapatkan bantuan ini..
BalasPadambantuan rakyat ini merupakan satu langkah yang baik untuk membantu isi rumah yang berpendapatan rendah...
BalasPadamJangan pula ada yang menipu maklumat mereka semata-mata untuk dapatkan bantuan ini. Kesian orang yang betul2 susah.
BalasPadamagensi pelaksana perlu lebih berhati2, teliti, jujur dan telus dalam menyampaikan bantuan ini kepada golongan sasaran..
BalasPadamkalau yang melibatkan wang samada bantuan, subsidi atau sebagainya pasti ada saja berlaku penyelewengan. harap2 semua ini dapat dielakkan.
BalasPadamSemoga bantuan ini mencapai sasarannya.
BalasPadamsaya yakin kerajaan dapat melaksanakan semua program bantuan yang terkandung dalam baget 2012 dengan cekap dan berkesan..
BalasPadampemberian bantuan ini cuma one-off saja. apapun, isi rumah yang layak harus bersyukur dengan pemberian kerajaan ini.
BalasPadamSemoga mereka yang dapat benar-benar yang layak dan bukannya atas dasar kawan dan sebagainya.
BalasPadamBantuan ini mungkin dapat membantu. Tapi mungkin masih banyak yang tertanya-tanya adakah ini untuk setahun atau bulanan? Harap penjelasan lebih akan dapat diberikan.
BalasPadam