Kuasa Kepada Pengarah, Bukti Kerajaan Dengar Suara Rakyat
KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) -- Keputusan menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mengenai pengurusan projek pembangunan pendidikan menunjukkan kerajaan Persekutuan amat sensitif dengan kehendak masyarkat negeri ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyambut baik keputusan itu berkata ia sekaligus menolak dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan Persekutuan tidak mengambil kira permintaan rakyat Sabah.
"Namun semua sudah tentu mengambil masa (memberi kesan) kerana ia perlu dikaji daripada segi peraturan perkhidmatan dan kewangan.
"Diharap agensi dan kementerian lain (Persekutan) juga dapat ikut jejak Kementerian Pelajaran itu demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di sini Rabu.
Mengenai laporan Ketua Audit Negara yang memuji usaha kerajaan Sabah mengukuhkan kedudukan ekonominya, Salleh berkata pujian harus diberi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang membolehkan keadaan ekonomi negeri berada di tahap yang lebih baik.
Beliau berkata ini terbukti apabila negeri Sabah kini mempunyai simpanan kewangan sekitar RM2.5 bilion hasil kerjasama dan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Salleh berkata keadaan tersebut membawa kepada kestabilan politik dan mewujudkan suasana sesuai untuk pelabur datang ke negeri ini, sekaligus membantu memacu ekonomi negeri.
Terdahulu, dalam ucapannya, Salleh berharap PNMB terus mempelopori industri percetakan dalam memenuhi keperluan terbaik kepada semua pelanggan.
Katanya, usaha membuka bangunan baharu dan pada masa sama menaikkan taraf kepada cawangan Kota Kinabalu, menunjukkan kesungguhan pihak pengurusan PNMB meningkatkan imejnya, kualiti produk dan mutu perkhidmatan dalam memenangi hati para pelanggan.
Selain percetakan am dan digital, PNMB kini menawarkan cetakan data boleh ubah, cetakan keselamatan, pengimejan dokumen, bekalan kertas A4 dan portal undang-undang, katanya.
------
CHANGE MEANS THAT WHAT WAS BEFORE WASN'T PERFECT. PEOPLE WANT THINGS TO BE BETTER. - ESTHER DYSON
--------
SABAH STATE LEGISLATIVE ASSEMBLY SPEAKER REJECTS CALL FOR INCREASED PETROLEUM ROYALTY
--------
Tahniah kepada Kerajaan Musa Aman kerana berjaya menaikkan simpana kewangan Sabah kepada 2.5 billion. Teruskan usaha untuk membangkitkan Sabah.
BalasPadamDengar kata Simpanan kewangan Sabah sudah kering kontang sebelum Datuk Musa mengambil alih sebagai KM. Nampaknya usaha beliau berjaya mengembalikan semula Simpana kewangan kita.
BalasPadamKeberanian bersuara harus juga bertempat. Jika suara tu untuk kebaikan, rakyat Sabah harus berani bersuara dan para pemimpin juga harus berani menyampaikan suara rakyat.
BalasPadamContoh yang baik seboleh-bolehnya cuba dicontohi.
BalasPadamMusa Aman mmg seorang KM yang baik kerana berjaya selamatkan kewangan negeri.
BalasPadamrakyat Sabah harus lebih kuat berkuasa untuk mendapatkan hak2 mereka.
BalasPadamkeputusan menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mengenai pengurusan projek pendidikan di Sabah, di Sambut baik oleh semua..
BalasPadamsemoga Sabah akan terus membangun..teruskan berusaha...
BalasPadamMusa is good in business. That's why Sabah manage to have RM2.5 billion savings.
BalasPadamtahniah kepada pemimpin2 kerajaan yang sebelum ini lantang mendesak kerajaan persekutuan untuk menurunkan kuasa kepada pengarah pelajaran negeri Sabah.. sesungguhnya anda memang memainkan peranan membawa suara rakyat di negeri ini kepada menteri2 di Persekutuan..
BalasPadamSabahan leaders should persistently voicing out for Sabah's needs. The decision to give authorization for Director of Education in managing the State educational development project is a good news.
BalasPadampengarah pelajaran Sabah perlu memanfaatkan sebaik2nya kuasa yang diberikan ini untuk tujuan pembangunan pendidikan di negeri ini. jika pemberian kuasa ini berkesan dalam menyelesaikan masalah pembangunan pendidikan di Sabah, tidak mustahil jika selepas ini Sabah memiliki autonomi sendiri.
BalasPadamkecekapan Musa Aman dalam mentadbir negeri ini bukan sahaja diakui oleh Ketua Audit Negara, malah badan Rating antarabangsa dan juga Kumpulan Oxford Business Group.. tahniah!!
BalasPadamSekarang rakyat lebih bijak menilai dan pemimpin pun semakin lantang bersuara. Teruskan usaha memperjuangkan Sabah dan rakyatnya!
BalasPadamSabahans should speak louder.
BalasPadamSemestinya.
BalasPadamWe need to voice out more.
BalasPadamadakah ini bererti Jabatan Pelajaran negeri Sabah telah diberikan kuasa autonomi? jika ya, baguslah..
BalasPadamtiada alasan lagi projek2 pembangunan pendidikan lewat dilulusan lepas ni.
BalasPadampemimpin2 Sabah kena usahakan lagi untuk mendesak kerajaan Persekutuan dalam beberapa isu kritikal yang dihadapi di Sabah seperti penubuhan RCI.
BalasPadamterbukti musa aman merupakan seorang pemimpin yang berkaliber..
BalasPadamnamun masih banyak lagi yang harus dilakukan..diharap pentadbiran musa aman akan dapat mengekalkan atau memperbaiki lagi prestasi yang cemerlang ini.
BalasPadamsepatutnya bukan hanya pengurusan projek tetapi keseluruhan pengurusan sistem pendidikan negeri harus diletakkan di bawah kuasa ketua pengarah pelajaran negeri..apa2 pun, ini adalah sebagai permulaan...rakyat harus lebih berani bersuara dan menembusi kekangan kuasa politik yang ada.
BalasPadamhal yang sama juga harus dilakukan untuk mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan RCI bagi menyiasat projek IC di sabah...semua rakyat sabah tulen harus tampil dan bersuara 'kami mahukan RCI ditubuhkan' kepada kerajaan persekutuan.
BalasPadamseterusnya adalah penubuhan RCI...diharap KM sabah juga akan turut lebih berani bersuara mendesak kerajaan persekutuan menubuhkan RCi seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin sabah seperti pairin, wilfred dan dompok..rakyat sabah mengharapkan anda..
BalasPadamtahniah kepada KM sabah, DSP musa aman atas perkhidmatan beliau yang cemerlang.
BalasPadamTaniah kepada usaha yang berjaya dan segala kekurangan yang ada harap dapat dipenuhi:)
BalasPadamSemoga semua usaha yang dilakukan berjaya dan mengembirakan rakyat.
BalasPadam"Keputusan menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah mengenai pengurusan projek pembangunan pendidikan menunjukkan kerajaan Persekutuan amat sensitif dengan kehendak masyarkat negeri ini."
BalasPadamSemoga lebih banyak kuasa dan peranan diberi oleh orang Sabahan untuk menguruskan dan membuat keputusan projek and urusan Jabatan Pendidikan di negeri Sabah.
"Mengenai laporan Ketua Audit Negara yang memuji usaha kerajaan Sabah mengukuhkan kedudukan ekonominya, Salleh berkata pujian harus diberi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang membolehkan keadaan ekonomi negeri berada di tahap yang lebih baik."
BalasPadamWhat audit is that? What criteria they judge and audit? Sabah still under poverty, more effort needed to pay to improve the economy.
Semoga prestasi Jabatan Pendidikan lebih efektif dan berkesan.
BalasPadamUsaha CM amat dihargai, perlu juga lebih berusaha sebab Sabah masih banyak kekurangan dan bermasalah khas isu PATI, NCR dll.
BalasPadam"Diharap agensi dan kementerian lain (Persekutan) juga dapat ikut jejak Kementerian Pelajaran itu demi kebaikan semua,"
BalasPadamUnutk pengurusan yang lebih berkesan, perubahan adalah satu caranya untuk memperbaiki kelemahan dan prestasi kerja.
Ini satu berita yang baik untuk Sabah kerana berkuasa untuk pembanguunan pendidikan di negeri itu sendiri. Kuasa rakyat sangat kuat.
BalasPadamSungguh tidak disangka bahawa kerajaan persekutuan akan melepaskan pengurusan pendidikan kepada kerajaan negeri. Terima kasih kepada kerajaan persekutuan.
BalasPadamSekian lama diminta baru sekarang diluluskan autonomy pengurusan pendidikan di Sabah. Mungkin ini satu keputusan yang terbaik dibuat oleh kementerian pelajaran Malaysia.
BalasPadamDengan peluang yang ada ini kita mengharapkan kerajaan negeri akan mengunakan sebaiknya peluang yang ada ini untuk menambahbaik pendidikan di negeri ini.
BalasPadamKuasa harus diberi untuk memastikan urusan lebih lancar dan efektif.
BalasPadamMore power should be given for more authority and decision making matter.
BalasPadamA very good start, hope more ministry and department will given the same or more authorized power.
BalasPadam"Salleh berkata keadaan tersebut membawa kepada kestabilan politik dan mewujudkan suasana sesuai untuk pelabur datang ke negeri ini, sekaligus membantu memacu ekonomi negeri."
BalasPadamKemudahan dan sistem infra harus diperbaiki untuk menarik lebih banyak pelabur asing. Jika masalah PATI tidak dapat ditanggani dengan berkesan, maka ketenteraman yang sedia ada akan digugat.
Go ahead with more changes. Sabah need changes to improve the current situation especially we are still under poverty.
BalasPadamMusa has done alot for us
BalasPadamThis shows the government is totally be with us.
BalasPadamIndeed.
BalasPadam