Khalid akui anak terima RM1,000 setahun duit zakat
SHAH ALAM 11 Okt. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui menerima sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tujuan pembiayaan pelajaran anaknya di Jordan.
Beliau ketika dihubungi bagaimanapun berkata, sumbangan itu merupakan pemberian LZS sebanyak RM1,000 setahun kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Asia Barat tanpa biasiswa.
Menurutnya, pemberian sumbangan adalah perkara biasa dilakukan oleh LZS untuk asnaf fisabilillah untuk membantu mereka dalam pembelajaran.
"Memang anak saya menerima sumbangan RM1,000 setahun daripada LZS kerana dia tidak mendapat biasiswa. Sumbangan itu memang diberikan kepada pelajar yang berdaftar dengan persatuan pelajar Malaysia di Asia Barat.
"Anak saya belajar di Jordan dari 2001 hingga 2009 dan menerima sumbangan itu. Namun, dari segi yuran pengajian dan sara hidup, saya tanggung semuanya, tidak guna wang zakat," katanya di sini, hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog, http://sel13.com yang mendakwa beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor menggunakan wang zakat untuk membiayai pengajian anaknya di Asia Barat.
Menurut laman blog itu, sebagai ahli Parlimen dan seorang jurutera, Khalid mampu menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang LZS untuk tujuan tersebut.
Khalid berkata, dakwaan yang disiarkan laman blog itu tidak benar kerana beliau menanggung kesemua kos pengajian anaknya itu di Jordan selama lapan tahun.
"Saya tidak guna wang zakat, dakwaan itu (dalam laman blog) tidak benar. Saya tanggung semua kos pengajian anak saya," katanya.
-----
Bicara Zakat: Memahami Asnaf Fisabilillah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dalam mendefinisikan asnaf fisabilillah telah memetik pandangan Dr Yusuf al-Qaradawi, bahawa maksud asnaf Fisabilillah itu adalah setiap perbuatan atau perkara yang menjurus kepada keperluan dan maslahah untuk menegakkan syiar Islam (Fatwa Agihan Zakat Selangor, 1994).
Perkara ini sudah dijelaskan, tidak perlulah dibesar-besarkan lagi.
BalasPadamRakyat perlulah menilai perkara ini berdasarkan fakta.
BalasPadamhal ini tak lagi nak jadi isu.
BalasPadamkalau pasal wang ini memang ramailah yang sibuk.
BalasPadamdiharap tiada salahguna wang zakat.
BalasPadamLaporan blog itu saja nak buat isu.
BalasPadamCase is closed.
BalasPadamPersoalan pun telah dijawab.
BalasPadamwang zakat itu sepatutnya disalurkan kepada anak2 orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran, bukannya kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.
BalasPadamrasanya Khalid juga perlu memberikan penjelasan tentang dari segi apa anaknya layak mendapatkan bantuan zakat RM1000 itu sedangkan beliau sendiri mampu menanggung perbelanjaan anak beliau..
BalasPadamPersoalannya, bagaimana anak seorang jurutera boleh dapat sumbangan itu?
BalasPadamkalau sudah kaya dan berkemampuan masih mahu terima bantuan lagi kah?
BalasPadamsebaiknya jika sebarang sumbangan diberikan kepada mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan.
BalasPadamKita tidak tahu setakat mana kebenarannya. Kerana orang salah tidak juga mahu mengakui dirinya bersalah. jadi biarlah kita tunggu kes ini dibongkarkan.
BalasPadamZakat kepada mereka yang benar-benar layak saja. Bagaimana pula seorang ahli perlimen yang berkemampuan perlu diberikan zakat?? Sehingga mampu menanggung pembiayaan anak di Jordan itu.
BalasPadam