Lawatan PM ke Kazakhstan, Turkmenistan berjaya
KUALA LUMPUR 11 Okt. – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan dari 5 hingga 6 Jun lalu telah berjaya memperkukuhkan komitmen serta meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan negara berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia terbukti apabila kedua-dua negara telah bersetuju melaksanakan projek perintis dalam beberapa bidang, antaranya perbankan Islam, minyak dan gas, pembinaan, industri makanan halal.
Beliau berkata, dalam lawatan rasmi itu, kedua-dua negara telah menandatangani tiga perjanjian.
‘‘Untuk makluman, lawatan rasmi Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah jemputan daripada Presiden negara tersebut, Nursultan Nazarbayev.
‘‘Selain itu, pemergian Perdana Menteri ke negara itu adalah untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ketujuh yang telah diadakan di Astana, Kazakhstan dari 7 hingga 9 Jun 2011,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan Tian Chua (PKR-Batu).
Jawapan yang bertarikh 4 Oktober itu diedarkan di bangunan Parlimen, hari ini.
Anifah berkata, pembabitan Perdana Menteri di dalam WIEF Ketujuh telah berjaya membuka lebih banyak peluang perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara yang turut mengambil bahagian di dalam forum tersebut.
‘‘Semasa forum itu berlangsung, sebanyak lima perjanjian telah ditandatangani di antara Malaysia dan Kazakhstan,” katanya lagi.
Dalam pada itu beliau berkata, jumlah perbelanjaan yang digunakan dalam lawatan Perdana Menteri itu adalah sebanyak RM1.07 juta.
Sementara itu beliau berkata, lawatan Perdana Menteri ke Turkmenistan dari 11 hingga 12 Julai lalu juga adalah bagi memenuhi jemputan Presiden negara tersebut.
‘‘Dalam lawatan itu sebanyak lima dokumen telah ditandatangani dan Perdana Menteri juga telah merasmikan Terminal Gas Pertama Petronas di Kiyanli, Turmennashi pada 12 Julai selain mengumumkan pembukaan Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, Turkmenistan,” ujarnya.
Harap PM akan membuat penjelasan mengenai lawatan beliau ke Kazakhstan.
BalasPadamKita tunggulah penjelasan daripada PM.
BalasPadamPM pergi ke Kazakhstan untuk urusan rasmi. nampak berbaloi juga dengan apa yang telah dicapai beliau dalam lawatan tersebut.
BalasPadampenjelasan bagi perbelanjaan ini perlu diberikan.
BalasPadamkalau timbul masalah berhubung RM1.07 juta tu sebaiknya PM memberi penjelasan secara terbuka. saya pasti ia bukan satu perbelanjaan yang sewenang-wenang.
BalasPadamAgak melampaulah perbelanjaan sampai RM1 juta lebih.
BalasPadamNyatakan berapa yang dibelanjakan untuk tiap2 perkara atau benda.
BalasPadamperkara pertama yang perlu dijadikan isu apabila menteri membuat lawatan rasmi ke luar negara ialah hasil daripada lawatan itu.. kenapa tidak ada pihak terutamanya dari pembangkang memuji kejayaan lawatan Najib ini??
BalasPadamjika lawatan ini mampu membawa keuntungan kepada kedua-dua negara maka ianya adalah berbaloi..
BalasPadamkedua-dua negara telah bersetuju melaksanakan projek perintis dalam beberapa bidang, antaranya perbankan Islam, minyak dan gas, pembinaan, industri makanan halal...harap semuanya akan berjalan lancar dan memberikan manfaat kepada semua.
BalasPadamMungkin ramai yang terkejut dengan jumlah lawatan ini sehinggakan mencecah RM1 Juta. PM kita perlu merancang kewangan dengan sebaiknya.
BalasPadamPerbelanjaan yang sangat tinggi untuk satu lawatan semata-mata. Apa juga kos yang sampai RM1juta? Janganlah membazirkan duit begitu saja.
BalasPadam