Khamis, Oktober 20, 2011

JALAN SEPITANG KE KK BAGAIKAN BERADA DI ATAS KAPAL YANG SEDANG BELAYAR DI TENGAH-TENGAH LAUTAN BERGELORA - SAPAWI

Pusat diminta naiktaraf jalan dari Sipitang ke Kota Kinabalu

KOTA KINABALU 20th Oct, 2011: Kerajaan Persekutuan diminta menimbang secara serius menaik taraf jalan dari Sipitang ke Kota Kinabalu sejauh 200 kilometer menjadi lebuh raya empat lorong, iaitu dua lorong sehala.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ketika membuat saranan itu berkata langkah itu penting bukan saja untuk manfaat penduduk di kawasan pantai barat Sabah, tetapi juga bagi kemudahan pelabur yang kini mulai tertumpu di kawasan berkenaan.

Katanya, laluan berkenaan yang merentasi dua daerah utama, iaitu Beaufort dan Papar, juga merupakan satu-satunya jalan bagi pelawat dan pelancong dari Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan juga Kalimantan Barat ke Kota Kinabalu.

“Sipitang sebagai bandar sempadan dan pintu masuk utama kini semakin menjadi tumpuan pelabur yang turut menarik ramai tenaga kerja, sekali gus menambahkan jumlah pengguna kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya ketika berucap membahas Bajet 2012 di Dewan Rakyat kelmarin.

Sapawi berkata Sipitang yang kini memiliki kilang kertas dan palpa terbesar dikendalikan oleh Sabah Forest Industries (SFI) membabitkan pelabur dari India, turut membangunkan kawasan perindustrian baru dikenali Sipitang Industrial Park (SIP) di bawah penyeliaan kerajaan negeri.

Katanya, Petronas sudah pun memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri membangunkan projek baja dan urea dengan pelaburan RM5 bilion di kawasan terbabit, selain menjadikannya sebagai terminal minyak dan gas.

Kita menjangkakan Sipitang akan menerima banyak lagi pelaburan langsung asing dalam tempoh tidak berapa lama, justeru kita sewajarnya menyediakan prasarana asas seperti jalan raya terbaik bagi memberikan imej negeri Sabah di kalangan para pelabur,” katanya.

Beliau berkata keadaan jalan raya dua lorong, iaitu satu lorong sehala saja, bukan saja kecil dan tidak dapat menampung aliran kenderaan yang banyak, tetapi keadaannya juga sangat menyedihkan.

“Yang menyedihkan, banyak bahagian jalan yang berombak-ombak, dan apabila melaluinya, kita bagaikan berada di atas kapal yang sedang belayar di tengah-tengah lautan bergelora.

“Selain itu, banyak bahagian jalan yang berlubang-lubang di sana-sini. Syarikat konsesi yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan ini hanya menampal dan menutup lubang-lubang tersebut, bukannya menaik taraf atau memperbaikinya,” katanya.

images (1) “Kita juga ingin menarik perhatian, berapa lama lagi syarikat konsesi yang mengendalikan penyelenggaraan jalan tersebut mengamalkan kerja ‘gali lubang, tutup lubang’ ini. Selagi itulah kaedahnya, maka selama itulah juga kami akan terus didodoikan dengan nada dan irama rentak lagu ‘Gali Lubang Tutup Lubang’ yang dinyanyikan oleh Salih Yaacob,” katanya.

Dalam pada itu, Sapawi juga meminta kerajaan supaya projek jalan raya Mendulong By-Pass di Sipitang diteruskan sehingga ke Meligan dan Long Pasia, bagi kemudahan lebih 5,000 penduduk di kawasan terbabit, bagi menggerakkan ekonomi.

Tambahan pula, katanya, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membangunkan sebuah kawasan seluas 6,000 ekar di kawasan tersebut dengan projek tanaman kelapa sawit.

Dalam perbahasan sama, Sapawi turut membidas pembangkang yang terus mengkritik dan mempertikaikan usaha murni kerajaan membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat.

“Biarlah apapun yang diperkatakan oleh pembangkang mengenainya. Biarlah apa jua komentar dan tanggapan terhadapnya. Mereka sentiasa memandang jelek, menganggap pelik setiap usaha baik yang kita lakukan. Bajet ini pun dikatakan gula-gula pilihan raya, ada udang di sebalik batu-batu. Dan bermacam lagi ungkapan-ungkapan berbisa yang menongkah arus.

“Kita di pihak kerajaan, yang terikat kuat semangat membela rakyat, di bawah payung Barisan Nasional, kita sesungguhnya tetap berpijak di bumi nyata. Kita tahu di mana langit dijunjung, kerana kita kenal rumput yang dipijak,” tegasnya.

Dalam pada itu juga pembaca boleh membaca penuh teks ucapan perbahasan dewan rakyat Datuk Sapawi Ahmad dengan melayari laman web datuksapawiahmad.blogspot.com.

49 ulasan:

  1. Harap jalan ini dapat dinaik taraf supaya lebih selesa dan selamat diguna oleh pemandu.

    BalasPadam
  2. Peruntukkan diperlukan untuk memastikan infrastruktur asas seperti jalan raya dapat disempurnakan.

    BalasPadam
  3. "Kerajaan Persekutuan diminta menimbang secara serius menaik taraf jalan dari Sipitang ke Kota Kinabalu sejauh 200 kilometer menjadi lebuh raya empat lorong, iaitu dua lorong sehala."

    Infrastruktur yang lebih wajar akan menarik dan mempertingkat pelabur asing di negeri Sabah. Semoga kerajaan mempertimbangkan rancangan naik taraf sistem jalan di seluruh Sabah.

    BalasPadam
  4. “Kita menjangkakan Sipitang akan menerima banyak lagi pelaburan langsung asing dalam tempoh tidak berapa lama, justeru kita sewajarnya menyediakan prasarana asas seperti jalan raya terbaik bagi memberikan imej negeri Sabah di kalangan para pelabur,”

    Sistem perjalanan dan infrastruktur yang lebih sempurna akan menjadi tarikan dan ciri-ciri utama pelabur asing datang ke Sabah. Kerja naik taraf seharus dijalankan terutama tempat utama seperti Sipitang, KK dll.

    BalasPadam
  5. "Kita juga ingin menarik perhatian, berapa lama lagi syarikat konsesi yang mengendalikan penyelenggaraan jalan tersebut mengamalkan kerja ‘gali lubang, tutup lubang’ ini."

    Betul kata beliau, cara gali lubang, tutup lubang seharus diperbaiki. Berbanding dulu, kualiti jalan tar bertahan bertahun-tahun, tetepi kini, walaupun jalan baru, tetapi berlubang-lubang selepas berapa minggu dan bulan digunakan. Apakah punca perbezaan tersebut?

    BalasPadam
  6. Tumpuan seharus diberi juga kepada kawasan perkampungan dan pedalaman. Banyak lagi kawasan perkampungan masih mengalami masalah jalan yang tidak wajar.

    BalasPadam
  7. Adakah seharus kerajaan membuka kontrak kepada syarikat lain untuk projek menaik taraf jalan? Kualiti jalan sering menjadi topik perbincangan dimana banyak jalan didapati rosak dalam masa yang amat singkat. Seharus disiasat puncanya dan mencari cara penyelesaian.

    BalasPadam
  8. bercakap soal jalan raya, banyak kawasan di negeri ini yang perlu diambil perhatian. para pelancong juga menggunakan semua jalan yang ada di negeri ini untuk sampai ke destinasi yang di tujui..

    BalasPadam
  9. "Kita tahu di mana langit dijunjung, kerana kita kenal rumput yang dipijak,”

    Harap semua pemimpin Sabah sedar dan sentiasa berusaha untuk pembangunan Sabah dan menaiktarafkan kehidupan rakyat Sabah.

    BalasPadam
  10. Naik taraf jalan raya memang sepatutnya, ni boleh memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan tidak la memalukan kalau ada pelancong.

    BalasPadam
  11. semua kawasan di negeri ini perlu juga dibangunkan, bukan hanya Sipitang. bagi merancakkan pembangunan itu, perlulah menaiktaraf semua jalan raya yang ada... bagaimana dengan jalan spulut-kalabakan?

    BalasPadam
  12. menaikkn taraf jalan raya dapat memberu keselesaan dan keselamatan pemandu lebih terjamin..

    BalasPadam
  13. bukan sahaja di jalan sipitang harus di ambil perhatian jalan2 kg jg perlu diutamakan..

    BalasPadam
  14. jalan sipitang mmg perlu dinaik taraf, Sipitang bakal menjadi bandar yang maju. oleh itu, pembangunan infrastruktur Sipitang perlu dibangunkan.

    BalasPadam
  15. tapi jalan2 kampung juga perlu diberi perhatian. masih byk jalan2 di kampung yang belum berturap.

    BalasPadam
  16. disebabkan itu kerajaan persekutuan harus memberikan peruntukan yang lebih banyak kepada sabah..

    BalasPadam
  17. pihak kementerian yang berwajib harus segera menyokong cadangan ini agar peruntukan dapat disalurkan..

    BalasPadam
  18. jalan KK-Tambunan juga harus dinaiktaraf...jalan ini merupakan jalan perhubungan utama antara KK dengan kawasan pedalaman sabah..diharap kerajaan persekutuan akan memberikan peruntukkan yang lebih..

    BalasPadam
  19. syarikat2 konsesi untuk menyelengara jalan2 raya di sabah haruslah yang benar2 bertanggungjawab..

    BalasPadam
  20. harap jalan tersebut dapat dinaiktaraf..jalan tersebut bukan saja dilalui oleh warga tempatan, malah pelancong dari Brunei juga menggunakan jalan tersebut.

    BalasPadam
  21. semua jalan raya di sabah perlu diperbaiki dan dinaik taraf..terutama di kawasan luar bandar..

    BalasPadam
  22. semoga permintaan ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya.

    BalasPadam
  23. Sipitang pasti akan bakal menjadi bandar seperti Kota Kinabalu bila banyak suntikan pelaburan ke kawasan tersebut.

    BalasPadam
  24. memang benar banyak jalan2 terutama di kampung2 yang diselenggara setiap tahun tapi hanya menampal dan menutup lubang2, bukan menaiktaraf jalan. entah bila peruntukan untuk menurap jalan dapat sampai ke seluruh kawasan2 kampung di Sabah ni.

    BalasPadam
  25. Kawasan kampung sekarang sudah dinaikkn taraf jalan raya.. bukan semualh, tapi mungkin pada masa dpn, penduduk kg di Sabah akan lebih senang bergerak dengan pembangunan yg diberi..

    BalasPadam
  26. Sudah tiba masanya jalan tersebut dinaiktaraf. Keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya pun perlu diambil kira.

    BalasPadam
  27. Memang perlu menjadikan jalan raya itu 4 lorong kerana banyak sudah yang melalui jalan tersebut.

    BalasPadam
  28. Sistem jalan di Sabah perlu diperbaiki dan dinaik taraf. Banyak kawasan perkampungan masih tiada jalan yang baik dan berkemungkinan akan menjadi satu halangan kepada penduduk kampung ke kawasan bandar.

    BalasPadam
  29. Kualiti jalan di Sabah memang menyebabkan banyak pelabur menarik diri dari industri di Sabah. Kerajaan seharus membaiki jalan-jalan utama supaya pelabur lebih berkeyakinan.

    BalasPadam
  30. Sistem infrastruktur yang tidak wajar merupakan punca utama perkembangan ekonomi yang lembap di negeri Sabah. Kerajaan seharus membuat perancangan untuk membaiki dan kerja naik taraf jalan.

    BalasPadam
  31. "Kerajaan Persekutuan diminta menimbang secara serius menaik taraf jalan dari Sipitang ke Kota Kinabalu sejauh 200 kilometer menjadi lebuh raya empat lorong, iaitu dua lorong sehala."

    Cadangan Datuk Sapawi seharus dikaji dan dilaksanakan. Perkembangan pelbagai industri memerlukan sistem jalan dan transpot yang lebih sempurna.

    BalasPadam
  32. Kualiti jalan perlu dinaik taraf juga. Kebanyakan jalan raya yang baru diperbaiki tetapi rosak dalam masa yang amat singkat. Apakah puncanya? Adakah berkaitan dengan kes rasuah? Seharus disiasat juga agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  33. Kasi bagus la jalan raya di sipitang secepat mungkin. Lepas tu kasi bagus juga jalan-jalan di tempat lain.

    BalasPadam
  34. Ya betul juga tu Jim. Cepat betul rosak. Takkan bahan yang digunakan tak berkualiti sedangkan bajet yang diberi sudah pasti cukup?? hhmm..

    BalasPadam
  35. Semoga perkara ini diberi perhatian sewajarnya. Rasanya lama dah isu jalan ini berlanjutan tapi masih juga tak selesai.

    BalasPadam
  36. Sabah ni masih lagi ketinggalan kalau soal jalan raya.. Kampung kami sendiri pun belum kena aspal tapi boleh lalu juga la kereta.. Kalau kampung yang jalannya grabel tahap dewa mcm mana??

    BalasPadam
  37. Harap2 semua jalan di Sabah ni dapat dinaik taraf demi keselesaan rakyat.

    BalasPadam
  38. Jalan sepitang-beaufort yang sangat teruk saya rasa. Memang jalannya sangat beralun dan tidak rata.

    BalasPadam
  39. Harap masalah jalan ini dapat diperbaiki. Memang rakyat sepitang bersyukur dengan kemudahan yang ada diberikan oleh kerajaan. Tapi jika boleh diperbaiki kemudahan yang ada ini. Lagi pun jalan ini merupakan jalan utama penduduk dan juga para pelancong.

    BalasPadam
  40. Masalah ini akan dibincangkan oleh kerajaan terlebih dahulu. Rasanya ini mengambil masa yang lama kerana perlu ada lagi kelulusan dari kerajaan persekutuan untuk perkara ini.

    BalasPadam
  41. Mungkin kerana jalan ini jalan utama maka sebab itulah kerosakan sangat cepat. Tapi pasti kerajaan sudah merancang untuk memperbaiki jalan tersebut. Memang kalau kita lihat sendiri pun jalan tersebut sangat tidak selesa dan boleh mengancam keselamatan para pengguna jalan tersebut.

    BalasPadam
  42. Peruntukkan perlu diberikan untuk menaik taraf jalan raya Sepitang-KK ini.

    BalasPadam
  43. bahayalah nak menggunakan jalan itu. harap jalan itu dapat dibaiki secepat mungkin.

    BalasPadam
  44. what are the govt doing at this time??

    BalasPadam
  45. budget problem maybe?

    BalasPadam
  46. the people are the ones who are having trouble getting across without worrying.

    BalasPadam
  47. jln sipitang kk klu blh buat sbiji mcm di kk bru canggih kan kwn2

    BalasPadam
  48. klu blh sipitang jalanrayanya dan bandarnya buat mcm kuala lumpur bru siuk kan

    BalasPadam