Memaparkan catatan dengan label inkues teoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inkues teoh. Papar semua catatan

Khamis, Julai 21, 2011

TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

----

Teoh Alami Perubahan Minda Kerana Ragu-ragu, Konflik Dan Beremosi

"Setelah diseksa dengan kesukaran ini, Teoh mengalami perubahan pada keadaan mindanya. Dalam beberapa jam, perubahan ini mengubahnya daripada berada dalam kumpulan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi.

"Apabila dia putus harapan, Teoh berasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan. Disebabkan tingkap di tingkat 14 telah terbuka ataupun mudah dibuka, dan ia adalah jelas dan boleh diakses dari sofa di mana dia berada di luar bilik Nadzri (Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd Nadzri Ibrahim), Teoh mendapati bahawa satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya daripada kesengsaraan yang dilaluinya adalah dengan melompat keluar dari tingkap itu, biarpun ini bermakna mengambil nyawanya sendiri,"

kata lima anggota suruhanjaya sebulat suara di dalam laporan setebal 124 muka surat.

Sabtu, Januari 02, 2010

"SAYA TERKEJUT APABILA MENDAPAT TAHU SPRM MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DR PORNTHIP YANG HANYA BERADA DI SINI UNTUK MENJALANKAN TUGAS BAGI MENCARI KEBENARAN,"

DAP Selar SPRM Berhubung Laporan Polis Terhadap Dr Pornthip

PULAU PINANG, 2 Jan (Bernama) -- DAP menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.

image"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Tiada Beg Plastik pada Isnin, Selasa dan Rabu" di Komtar di sini pada Sabtu.

Semalam, dua pegawai SPRM membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap akhbar tabloid "Suara Keadilan" dan Dr Pornthip berhubung satu artikel yang mendakwa kononnya pakar patalogi itu telah mengesahkan punca kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock, yang telah disoal siasat oleh SPRM, adalah dibunuh.

Lim berkata tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.

Pada 16 Julai tahun lepas, Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor selepas memberikan kenyataan sebagai saksi berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan oleh wakil rakyat di Selangor, di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

image Inkues mengenai punca kematiannya sedang berlangsung di Mahkamah Koroner.

Dua Anggota SPRM Buat Laporan Polis Berhubung Laporan Sebuah Tabloid

Sabtu, Disember 26, 2009

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN TERHADAP KETUA MENTERI PULAU PINANG KERANA KENYATAAN KONONNYA TEOH BENG HOCK MATI DIBUNUH.

Polis juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kita juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengarnya.

“Kita akan memanggil Yang Berhormat (Guan Eng) pada minggu depan untuk diambil keterangan,”

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar

Rabu, Oktober 21, 2009

80 PER CENT CHANCE OF HOMICIDE IN TEOH'S CASE, SAYS THAI PATHOLOGIST

SHAH ALAM, Oct 21 (Bernama) -- Well-known flamboyant Thai pathologist Dr Porntip Rojanasunan told the coroner's court here Wednesday that there was an 80 per cent possibility of homicide and 20 per cent chance of suicide in the death of political aide Teoh Beng Hock.

Testifying in English, she said Teoh suffered several injuries before he suffered a fall and died after being questioned by the Selangor Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC).

She said the injuries on Teoh included a penetration in the anal region, an abrasion on the thigh and strangle bruises on the neck, and they were incompatible with a fall from a height.

The 54-year-old expert, who was asked by the Selangor government to testify on the cause of Teoh's death, said her findings were based on the autopsy reports of Dr Khairul Azman and Dr Prashant Naresh Samberkar and post-mortem pictures made available to her.

Teoh, the political aide of Selangor state executive councillor Ean Yong Hian Wah, was found dead on July 16 on the fifth floor of Plaza Masalam after giving a statement in the case on alleged misuse of state allocations at the Selangor MACC office located in the same building.

Dr Porntip is now director-general of the Central Institute of Forensic Science, Ministry of Justice, Thailand, and has 27 years experience in the field of forensic science.

The Thai expert came to the court at 8.50am wearing a tight-top, long black skirt and boots, with a funky red and light brown streaks hair-style.

She had also prepared a slide presentation to assist the court to better understand her testimony.

"From the post-mortem picture, I found that there was a contusion on the right side of the neck, which we (pathologists) call a handle bruise, and this injury is compatible with injury caused by manual strangulation," said Dr Porntip who has conducted more than 10,000 post-mortems.

She said the injury was not indicated in the autopsy reports prepared by Dr Khairul Azman and Dr Prashant, which were given to her for examination.

"I also found penetration injury in the anal region which can be caused by inserting an object in that particular part. I have never seen such injury in cases of a fall from a height," she said, pointing to the post-mortem pictures displayed on the slide.

She said she also found an abrasion on an upper thigh of Teoh which could have been caused by beating.

"Another injury which I found was fracture of the skull, which may have been caused by a direct blunt force to the skull prior to the fall," said Dr Porntip, who is the 30th witness at the inquest.

She said it was possible that Teoh was unconscious when he fell from the fifth floor, based on the absence of reaction injuries on the body, and added that the wounds looked like pre-fall injuries, and the severe chest injury was the result of the primary impact on the ground.

When asked by counsel Malik Imtiaz Sarwar, for the Selangor government, as to the abrasion mark found under Teoh's shoe, the forensic expert said: "It looks like the body had been dragged.

"In normal cases of a fall from a height, the shoes would not have left an abrasion mark like this," she explained.

When asked by coroner Azmil Muntapha Abas whether the floor surface could have caused the dragging effect, Dr Porntip replied: "Hard and rough surface."

"However my forensic team did not find anything that may have caused this effect when they examined the 14th floor (MACC office) the last time," she said.

The hearing continues in the afternoon.

----

80 Peratus Kemungkinan Homisid Dalam Kes Teoh - Ahli Patologi

SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Seorang ahli patologi terkenal Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini Rabu bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor.

Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi.

Pakar berusia 54-tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.

Teoh, pembantu politik kepada anggota Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan dalam kes mengenai dakwaan salahguna peruntukan negeri di pejabat MACC Selangor yang terletak di bangunan yang sama.

Rabu, September 09, 2009

PROSIDING INKUES TEOH - SIAPAKAH LELAKI MISTERI INI?

image SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, akan mendengar esok buat pertama kali keterangan seorang saksi yang mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saksi itu yang masih dirahsiakan identitinya akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya tahun lalu terhadap beberapa pegawai suruhanjaya itu yang didakwa telah menampar, menyepak dan memukulnya sehingga mengalami kecederaan ketika disoal siasat.

Gobind dalam hujahan balasnya menegaskan laporan polis itu, yang didedahkan kepada mahkamah 28 Ogos lalu, adalah penting bagi membuktikan keterangan empat pegawai SPRM sebelum ini hanyalah merupakan suatu penafian dan tidak boleh dipercayai.

"Kenapa perlu takut? Kalau tidak buat, cakap tidak buat, ini menunjukkan SPRM ada sesuatu yang hendak disembunyikan, sedangkan kami bersedia untuk memanggil saksi kami bagi membuktikan kebenaran laporan itu,"

Gobind Singh Deo, peguam bagi keluarga Teoh

Sabtu, Ogos 29, 2009

“MEMBELASAH KEMALUAN” HINGGA PENGSAN?

"Antaranya adalah, pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan.

"Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan,"

Peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, ketika menyoal saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohd Ashraf Mohd Yunus, 27.

Khamis, Ogos 06, 2009

TEOH MUNGKIN DIPEGANG LEBIH 2 ORANG SEBELUM JATUH

image

Saksi kesembilan inkues kematian Teoh Beng Hock, Dr Seah Lay Hong mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tiga sampel DNA lelaki yang tidak dikenali diambil daripada kesan tali pinggang yang terputus milik si mati.

Semasa memberi keterangan kepada mahkamah hari ini, Dr Seah juga tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah dipegang oleh lebih daripada dua individu lain sebelum terjatuh dari tingkat 14 bangunan Plaza Masalam dekat sini.

 

"Apa maksud anda dengan mengatakan sekurang-kurangnya?" soal Gobind.

 

image

Kemudian Dr Seah menjawab: "Ya, jumlah yang kecil atau juga mungkin lebih... bagaimanapun jika nak katakan ada DNA keempat, ia mungkin agak lemah."

Khamis, Julai 30, 2009

DNA LELAKI MISTERI - INKUES KEMATIAN TEOH

image

imagePenemuan sampel DNA dua lelaki misteri di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang Teoh Beng Hock menimbulkan persoalan pada hari pertama inkues berhubung kematian mendiang di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

image"Calitan diambil daripada bahagian belakang blazer (kot) yang dipakai Teoh pada hari kejadian dan hasil laporan menunjukkan terdapat dua DNA lelaki pada bahan bukti itu. Satu daripadanya dikenal pasti sebagai DNA Teoh, yang berpadanan dengan spesimen darahnya, manakala satu lagi pemilik DNA tidak diketahui.

"DNA lelaki misteri itu dan seorang lagi lelaki lain yang juga tidak diketahui, turut ditemui pada bahagian tali pinggang Teoh, yang bercampur aduk dengan DNA mendiang,"

imageTan Hock Chuan yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya