Rabu, September 09, 2009

PROSIDING INKUES TEOH - SIAPAKAH LELAKI MISTERI INI?

image SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, akan mendengar esok buat pertama kali keterangan seorang saksi yang mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saksi itu yang masih dirahsiakan identitinya akan dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya tahun lalu terhadap beberapa pegawai suruhanjaya itu yang didakwa telah menampar, menyepak dan memukulnya sehingga mengalami kecederaan ketika disoal siasat.

Gobind dalam hujahan balasnya menegaskan laporan polis itu, yang didedahkan kepada mahkamah 28 Ogos lalu, adalah penting bagi membuktikan keterangan empat pegawai SPRM sebelum ini hanyalah merupakan suatu penafian dan tidak boleh dipercayai.

"Kenapa perlu takut? Kalau tidak buat, cakap tidak buat, ini menunjukkan SPRM ada sesuatu yang hendak disembunyikan, sedangkan kami bersedia untuk memanggil saksi kami bagi membuktikan kebenaran laporan itu,"

Gobind Singh Deo, peguam bagi keluarga Teoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan