Sabtu, Disember 08, 2012

WARGASING PEMBAWA UTAMA WABAK TIBI DI SABAH - ROSNAH

Wabak tibi di Sabah tinggi

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kementerian Kesihatan akan meningkatkan usaha pengesanan penyakit tibi dalam kalangan warga asing yang didapati menjadi pembawa utama penyakit itu di Sabah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) berkata, setakat sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah kes tibi yang dilaporkan di negeri itu adalah sebanyak 3,275 kes.

Menurut beliau, penularan kes tibi di Sabah dikesan sejak 2005 iaitu sebanyak 3,395, bertambah kepada 3,728 kes (2010) dan terus meningkat kepada 3,794 kes pada 2011.

"Pertambahan kes tibi ini juga disebabkan aktiviti pengesanan kes yang cukup agresif sejak kebelakangan ini,"

katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu berhubung peningkatan kes tibi di Sabah.

Bagi menangani penularan penyakit itu, Rosnah berkata, kementerian berkenaan akan memperkukuhkan kawalan dengan menambah Pusat Rawatan Tibi kepada 33 buah, selain menggiatkan aktiviti pengesanan di lokasi panas iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Keningau di Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan