Selasa, September 11, 2012

LAHIRUL SAHKAN BELIAU BUKAN ANAK PATI!

LAHIRUL SAHKAN BELIAU BUKAN ANAK PATI!

September 10, 2012: KETUA Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mengesahkan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan kerana kerakyatannya mengikut taraf kerakyatan ibunya; sekalipun bapanya adalah Warganegara Indonesia yang kini sedang memohon taraf penduduk tetap.

"Saya lahir di Sabah melalui perkahwinan yang sah antara ibu saya, Wanita Murut dengan bapa saya Warganegara Indonesia yang menggunakan Pasport Lawatan dan kini atas jaminan ibu saya," ujar Lahirul ketika dihubungi melalui email sebentar tadi bagi mengesahkan taraf kerakyatan beliau yang ditimbulkan melalui Blog Tambuakar.

Menurut Lahirul, isu kerakyatan beliau tidak perlu ditimbulkan kerana bapa melalui masuk secara sah, menggunakan pasport, permit kerja dan kini dijamin oleh ibu beliau; adalah teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Tegas Lahirul lagi, mengikut Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

"(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"

"Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa saya adalah Warganegara Malaysia dan Anak Negeri Sabah kerana ibu saya adalah Anak Negeri Sabah berketurunan Murut," ujar Lahirul yang menjelaskan status bapanya tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada kerakyatan beliau.

Lahirul menjelaskan bapanya, Latigu Bin Lahandu telah bernikah dengan ibu Nurila Bte Atau (Kaum Murut) yang berasal dari Kg Bukau, Beaufort pada 17 Julai 1974 setelah memeluk agama Islam mengikut adat istiadat Anak Negeri Sabah kerana Datuknya, Atau Bin Buang dan Neneknya, Lipai Bte Bakir tidak menganut sebarang agama ketika itu (Pagan).

Menurut Lahirul, beliau dilahirkan pada 19 Julai 1976 di Kg Bukau Beaufort dan didaftarkan kelahiran melalui Sijil Lahir bernombor 702/76 dan bersekolah di SK Bukau, sebelum melanjutkan pelajaran ke SM St John, SMK Beaufort dan Universiti Utara Malaysia melalui Pinjaman Yayasan Sabah.

Katanya lagi beliau mendapat kad pengenalan biru bernombor H0922390 dan kini memegang MyKad bernombor 760719-12-5747.

Menurut Lahirul, beliau tinggal bersama datuknya sejak darjah empat sehinggalah datuknya meninggal dunia pada 23 Mac 1990 (68 tahun) ketika beliau berada di tingkatan dua. Manakala neneknya pula meninggal pada 4 Ogos 2008 ketika berusia 79 tahun tetapi sempat memeluk agama Islam beberapa tahun sebelum meninggal dunia.

"Bapa saya bukan PATI kerana memegang pasport W075828 yang masih berkuatkuasa  sehingga 2 Mac 2016. Beliau telah memohon taraf penduduk tetap melalui Imigresen Kota Kinabalu awal tahun ini dan telah menjalani temuduga di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort pada 28 Ogos lalu," kata Lahirul yang tidak menolak kemungkinan maklumat bapanya dan identiti adik beradiknya bocor melalui IPD Beaufort.

Bagaimanapun kata Lahirul, beliau berharap agar PDRM bersikap profesional menjaga kerahsiaan dan menjalankan siasatan rapi agar kejadian seperti ini tidak berulang.

"Saya tidak gentar kerana saya, keluarga dan bapa saya memohon kewarnegaraan melalui jalan yang sah dan menurut Perlembagaan Persekutuan, bukannya melalui pintu belakang. Oleh kerana itu saya dan PAS tetap dengan pendirian mendesak penyegeraan RCI," kata Lahirul yang tidak menafikan pendedahan ini berpunca daripada sengketa politiknya dengan Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) atau sekutunya.

Lahirul turut menjelaskan bahawa beliau adalah wakil PAS dalam Jawatankuasa Khas Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Chong Eng Leong untuk mengetengahkan isu RCI.

"Dalam hal ini, saya turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Sabah memperkasakan Native Ordinance dengan memasukkan senarai suku kaum Anak Negeri dan diendorse ke dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti Sarawak," kata Lahirul yang meyakini isu kerakyatan beliau sengaja digembar-gemburkan oleh PRESS untuk merosakkan kredibiliti beliau berhubung RCI.

Oleh : MUTALIB M.D

22 ulasan:

  1. Ramai juga pemimpin yang diragui kewarganegaraan mereka ni. harap RCI akan dapat dilaksanakan segera bagi menyiasat tentang isu PATI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diharapkan isu kewarganegara songsang ini akan disiasat oleh Panel RCI yang diketuai oleh Steve Shim.

      Padam
    2. RCI juga belum dilaksanakan tanggung jawab lagi.

      Padam
  2. baguslah kalau begitu. Sahkan yang mana semua tuduhan itu tidak berasas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, semua tuduhan memang wajar dijawab jika tidak benar.

      Padam
  3. Kebanyakkan yang berlaku sekarang ini cuma permainan politik semata-mata menuduh yang bukan-bukan terhadap pemimpin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian masing-masing.

      Padam
  4. Selagi tidak ada bukti selagi itulah tuduhan yang dibuat itu tidak patut dipercayai. Apa pun terjawablah semua persoalan mengenai perkara ini.

    BalasPadam
  5. Apa guna adanya RCI nanti. Itulah jawapan untuk semua keraguan mengenai projek IC dan PATI mendapat Mykad ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, semoga RCI berjaya selesaikan isu pati yang sudah lama berlaku.

      Padam
  6. harap RCI akan berjaya menyesaikan masalah pati dan kewarganegaraan songsang.

    BalasPadam
  7. usaha untuk mengatasi masalah pati harus berterusan sampailah semuanya dapat diatasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diharapkan RCI boleh mencari kebenaran tentang isu Projek IC di Sabah.

      Padam
  8. Tapi bukankah anak perlu ikut kewarganegaraan bapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semaestinya ikut kewarganegara bapa, ia bergantung kepada pilihan ibu bapa.

      Padam
  9. Bapa Lahirul adalah warga Indonesia yang tidak mempunyai IC.

    BalasPadam
  10. Lahirul bukan anak PATI dan bukan juga anak jati negeri ini..

    BalasPadam
  11. patutlah Lahirul tanpa rasa bersalah sanggup mempertikaikan status beberapa suku kaum di negeri..

    BalasPadam
  12. dia dah perjelaskan dia bukan anak PATI, jadi tak perlu timbul lagi kekeliruan.

    BalasPadam
  13. Isu kewarganegaraan harus disiasat secara terperinci supaya tiada golongan menjalankan aktiviti haram.

    BalasPadam
  14. Usaha dan kerjasama semua golongan diperlukan untuk menanggani masalah PATI.

    BalasPadam