Kementerian cari penyelesaian terbaik isu benar pemandu pelancong Korea khidmat di Sabah
KOTA KINABALU 19th September, 2012: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan mencari penyelesaian terbaik dalam situasi menang-menang mengenai keperluan membenarkan pemandu pelancong dari Korea Selatan berkhidmat di negeri ini.
Menterinya Datuk Masidi Manjun berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA), Kementerian Pelancongan persekutuan dan pegawai berkaitan.
“Kita akan duduk berbincang dengan agensi terlibat setelah mendapat butiran berkaitan dari kerajaan pusat.
“Saya fikir adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan buat masa ini kerana saya ingin mengalukan semua cadangan dan saya pasti Yang Berhormat (Menteri Pelancongan) Datuk Seri Dr Ng Yen Yen orang yang terbuka dan akan menerima maklumat balas dari Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama anggota Matta di sini, kelmarin.
Masidi berkata beliau percaya Dr Ng mempunyai alasan yang munasabah untuk membenarkan pemandu pelancong asing selain menerima pandangan yang boleh diterima pakai daripada agensi berkaitan di Sabah.
Terdahulu dalam sesi dialog itu, Pengerusi STGA Daniel Doughty membangkitkan isu berkaitan dan memohon penjelasan Kementerian Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah agar situasi itu tidak menjejaskan pendapatan pemandu pelancong tempatan.
Masidi berkata perkembangan itu tidak akan menjejaskan pengusaha dan pemandu pelancong tempatan sebagai sebahagian pemain dalam industri pelancongan di negeri ini.
Beliau mengajak semua pihak melihat isu berkenaan daripada pelbagai perspektif bukan sahaja daripada segi kebajikan pemandu pelancong, sebaliknya memperluaskan usaha dan menarik lebih ramai kedatangan pelancong mengunjungi Sabah.
“Semua pihak tidak harus emotional, kita akan cuba cari jalan tengah untuk membuat semua pihak menang,” katanya.
Beliau berkata warga asing dibenarkan bekerja sebagai pemandu pelancong jika memiliki permit kerja yang sah selain mereka seharusnya pandai bertutur dalam bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris serta mendalami kepelbagaian budaya Sabah.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pemandu pelancong dari Sabah menguasai bahasa Korea berikutan hanya lapan pemandu pelancong tempatan yang boleh berbahasa itu.
Sebelum itu, ketika sesi dialog itu, Masidi berkata langkah itu ‘bersifat sementara’ bagi memenuhi peningkatan bilangan pelancong dari Korea Selatan ke negeri ‘Di Bawah Bayu’ bagi tempoh dua hingga tiga tahun.
“Jika ia dipersetujui, ia akan bersifat sementara sehingga penduduk tempatan tahu berbahasa Korea,” katanya sambil menambah pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Pelancongan untuk mengetahui objektif penggunaan pemandu pelancong warga asing.
Pada Ahad Bernama melaporkan Dr Ng berkata keputusan membenarkan warga asing, terutama dari Korea Selatan menjadi pemandu pelancong di Sabah, adalah demi kebaikan dan pembangunan sektor pelancongan negara.
Beliau berkata sehingga Jun, kira-kira 43,800 pelancong Korea melawat Sabah berbanding 36,000 dalam tempoh sama tahun lepas.
Kerajaan tahu apa yang terbaik untuk dilakukan menangani masalah kekurangan pemandu pelancong di Malaysia ini.
BalasPadamJika kita lihat sekarang kerajaan membuat keputusan untuk mengambil pemandu pelancong dari Korea disebabkan oleh kehadiran pelancong Korea yang semakin meningkat di Negara kita ini.
BalasPadamkeputusan tersebut adalah untuk menjaga industri pelancongan negara juga. kita harus pandang positif.
Padamlagipun ia hnya sementera.
PadamKelemahan harus ditanggani untuk membawa industri pelancongan ke pandangan antarabangsa.
PadamKita harap kerajaan juga perlu meneliti sebaiknya mengenai cadangan ini. Jika kita lihat mungkin pemandu pelancong di Negara kita ini perlu diberikan pendidikan baru untuk menguasai bahasa baru untuk mereka.
BalasPadampemandu pelancong dari dulu lagi sudah digalakkan untuk mengikuti kursus2 bahasa dan pelbagai latihan lain untuk menambahkan lagi kemahiran mereka.
PadamBetul itu. Jika boleh berikan ilmu baru kepada pemandu pelancong tempatan. Cadangan mengambil pekerja luar tidak ada salahnya tapi sebaiknya berikan keutamaan kepada pekerja tempatan.
BalasPadamIni hanya untuk sementara saja. selama masa tu pemandu pelancong tempatan pergilah mengikuti kursus2 dan latihan.
PadamDr Ng Yen Yen said allowing Korean tour guides in Malaysia is only a temporary solution.
BalasPadamCurrently there is a high demand of tour guides who speaks Korean and not enough supply.
BalasPadamLocal tour guides should pick up Korean language to meet the demands of Korean tourists in Sabah.
BalasPadamAt present, there were only eight registered Korean-speaking tour guides in the state.
BalasPadamMungkin jumlah ini tidak mencukupi menampung jumlah pelacongan yang masuk ke Sabah.
PadamIn the first half of this year, 48,000 Korean tourists visited Sabah while for last year, the figure was 36,000.
BalasPadampemandu pelancong tempatan perlu tingkatkan kemahiran terutama penguasaan pelbagai bahasa asing.
BalasPadamyes, so that they can provide professional services and explanation to the tourist.
PadamThe local tourist should ready with many language capabilities to deal with the foreign tourist.
BalasPadamlatihan perlu diberi agar pemandu pelancong dapat memberi khidmat yang lebih pro.
BalasPadamjika cadangan Ng Yen Yen mampu meningkatkan jumlah pelancong korea ke negeri ini, kenapa tidak laksanakan sahaja?
BalasPadampara pemandu pelancong di negeri ini perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka sebelum membantah cadangan2 yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelancong.. tindak itu diambil juga disebabkan oleh kelemahan mereka..
BalasPadam