Isnin, Ogos 27, 2012

PERLU LATIH ANAK TEMPATAN

Perlu latih anak tempatan

WILLIAM Ghani Bina (dua dari kiri) memotong kek sempena perasmian Persidangan STU Ke-21 di Kuching, semalam.

KUCHING 26 Ogos - Kesatuan Guru Sarawak (STU) menggesa supaya lebih ramai anak tempatan dilatih untuk menampung masalah kekurangan guru agama Islam di negeri ini.

Presidennya, William Ghani Bina berkata, pengambilan guru-guru dari Semenanjung bukan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terbabit.

Katanya, guru-guru dari Semenanjung sukar untuk membiasakan diri dengan keadaan sekolah di negeri ini terutamanya di kawasan pedalaman.

"Kementerian perlu melatih anak-anak tempatan yang telah tamat persekolahan dalam bidang agama dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di tempat masing-masing.

"Melalui cara tersebut, bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan guru agama Islam malah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat," katanya ketika berucap pada majlis sempena Persidangan STU Ke-21 di sini hari ini.

Sementara itu William Ghani memberitahu, pihaknya berpuas hati apabila Kementerian Pelajaran ingin menempatkan 60 peratus tenaga pengajar yang terdiri daripada anak tempatan mengajar di negeri ini.

Katanya, pihaknya yakin bahawa guru yang berasal dari negeri ini mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik kerana telah biasa dengan keadaan dan persekitaran di sini.

Oleh FARHANA JONI

6 ulasan:

  1. Banyak lagi anak tempatan yang berkebolehan. Maka kita harap akan diberikan keutamaan kepada mereka.

    BalasPadam
  2. Berikan peluang kepada penduduk tempatan sendiri untuk mendidik anak-anak tempatan ini.

    BalasPadam
  3. ramai anak tempatan layak dan berkebolehan, mereka harus diberi peluang.

    BalasPadam
  4. berkenaan dengan peluang pekerjaan ni, baik kerajaan persekutuan mengambilkira pandangan pemimpin2 kerajaan negeri..

    BalasPadam
  5. Hopefully local Sabahan and Sarawakian will be given the chance to be trained as teachers so that the shortage of teachers will be resolved.

    BalasPadam
  6. The ministry of Education should consider open up more vacancy for training teachers in Sabah and Sarawak. Meanwhile GSTT can also be absorbed as permanent teachers.

    BalasPadam