KM Sabah: Janji royalti minyak 20 peratus 'tak logik'
Ogos 5 2012: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata janji Pakatan Rakyat untuk meningkatkan bayaran royalti minyak Sabah dari 5 peratus kepada 20 peratus merupakan janji yang tidak logik.
Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Musa berkata wang dari hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan.
"Itu janji yang tidak logik, sebagai sebahagian sebuah negara kita perlu ada tolak ansur, kita sedar sejak sabah bersama-sama membentuk Malaysia, kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membangun pelbagia infrastruktur termasuk sekolah hospital, jalan raya dan sebagainya.
"Itu belum lagi dicampur dengan kos pertahanan dan kesealamatan negeri yangmemakan belanja besar. Kita perlu mengambil kira banyak pengagihan lain yang diberikan oleh kerajana pusat melalui pelbagai kaedah, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Isu royalti minyak menjadi tawaran utama Pakatan Rakyat kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.
Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti berkenaan yang didakwa diberikan secara tidak adil kepada Sabah.
Mengulas mengenai masalah kebanjiran warga asing di negeri itu, yang turut menjadi agenda utama Pakatan Rakyat di Sabah, Musa berkata negeri berkenaan menghadapi masalah untuk menguruskan warga asing warga Filipina.
"Di Sabah yang paling ramai adalah warga Indonesia dan Filipina. Bagi warga Indonesia kita tidak ada masalah untuk menghantar pulang kerana mereka mempunai konsulat di Sabah.
"Malangnya masalah melibatkan warga Filipina agak sukar diuruskan kerana negara itu tidak mempunyai konsulat di sini.
"Jika pembangkang mengatakan kita tidak berbuat apa-apa ia adalah tidak benar sama sekali, ini kerana kita sedaya upaya telah berusaha menyelesaikan masalah ini yang sudah pasti akan mengambil masa," katanya lagi dalam wawancara tersebut.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa tindakan ke atas pendatang haram di Sabah bukanlah perkara mudah untuk diselesaikan.
Perkembangan di negeri tersebut kini menarik perhatian ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing daripada Upko dan Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno, berpaling tadah dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Susulan tindakan dua MP tersebut pada akhir bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas ke Sabah Dua pada 3 Ogos dan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.
Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Buat janji ikut kemampuan. nanti bila janji tidak tertunai, dikata pula mungkir janji@ janji terang bulan.
BalasPadamBetul, betul, betul (versi upin ipin). hahahhaa
PadamMemang tidak logik apa yang pembangkang katakan ini. Itu semua janji bintang bulan PR kepada penduduk Sabah. Ini cuma cara mereka untuk menjerat pengundi.
BalasPadamkalau kita susun semua janji2 pembangkang, dan nilai kos2 semua janji mereka, negara paling maju dan kaya sekalipun tetap akan bankrap kurang dari setahun..
PadamKalaulah tiba-tiba kerajaan naikkan royalti lebih dari 20%, terbeliak kali mata pembangkang kan. hahaha
BalasPadammasa tu pembangkang akan meroyan tak henti2.. seperti biasa, apa sahaja yang kerajaan lakukan, tidak pernah dipersetujui oleh pembangkang.. ada sahaja yang dipertikaikan..
Padamrakyat perlu menilai dan memilih dengan berhati-hati.
PadamBagaimanapun, saya sebagai orang sabah memang mengahrapkan royalti dapat dinaikkan.
BalasPadamrakyat biasa saja yang mengharapkan royalti minyak dinaikkan.. pemimpin2 pembangkang sekadar menggunakan isu itu harapan mereka hanya untuk merampas kerajaan..
PadamAda harapan kalau macam ni. Thanks to Musa at least terbukti juga dia berusaha utk rakyat.
BalasPadamsyukurlah kita mempunyai pemimpin yang sentiasa mendahului masalah, rungutan, permintaan dan kepentingan rakyat.. tidak seperti pemimpin terdahulu yang gagal dalam segala hal..
Padamsemoga usaha CM akan beri hasil yang baik untuk rakyat.
PadamSaya harap hasil perbincangan CM dan PM akan membuahkan hasil positif.
BalasPadamseperti penubuhan RCI, perbincangan mengenai royalti minyak ini juga pasti akan membuahkan hasil..
PadamBanyak yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?
BalasPadammemang mudah melafaz kan janji, tapi menunaikan yang susah.
PadamPersoalan bagaimana Pakatan mampu melaksanakan janji2 itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal2 lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji2 tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.
BalasPadamamat tidak masuk akal bila Pakatan menjanjikan untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).. namun sehingga hari ini mereka gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu melaksanakan janji2 itu..
BalasPadamtahukah Pakatan bahawa Petronas menanggung kos antara 60% hingga 80% kos carigali? tahu ka Pakatan bahawa Peronas juga menanggung kos subsidi antara 10% hingga 30%?? so dari mana mereka dapat 20% itu?
BalasPadambaru2 ini kerajaan telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji semula royalti minyak untuk semua negeri2 pengeluar minyak.. namun saya tidak fikir bahawa royalti itu akan dapat ditingkatkan sehingga 20% dengan mengambilkira kos2 yang ditanggung oleh Petronas..
BalasPadamperbincangan akan dibuat berhubung royalti ini. harap akan ada berita baik.
BalasPadampembangkang hanya mahu sokongan rakyat Sabah, sebab itu mereka menabur pelbagai janji.
BalasPadamParti Bersatu Sabah (PBS) has been calling for the oil royalty review since 1985 and its Youth movement believes this can be the common ground to kick-start the re-negotiation process.
BalasPadamPBS Youth Chief, Datuk Jahid Jahim, said a review of the oil royalty and the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah had been championed by PBS since 1985.
BalasPadamIn this respect, Jahid, who is also Assistant Youth and Sports Minister, was confident that the Sabah leadership already has plans to discuss the oil royalty review with the Prime Minister.
BalasPadam"I believe discussion will be made easier in view of the existing cordial relationship between the State and Federal governmentsÉfurthermore, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is known to be one who is sensitive to the rakyat's need," he said.
BalasPadamJahid was commenting on Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud's statement that the Sarawak State Government would be discussing the need to review the current five per cent petroleum royalty paid to the State with the Federal Government.
BalasPadamNajib had earlier this month announced that a special committee had been set up to study the petroleum royalty to East Coast states in Peninsular Malaysia.
BalasPadamHowever, many leaders from Sabah and Sarawak had said that the review of the petroleum royalty should also include Sabah and Sarawak since both were the main contributors to the national petroleum production.
BalasPadam