Jumaat, Mei 04, 2012

RCI SEMAKIN JAUH, PATI SEMAKIN DISAYANG?

RCI SEMAKIN JAUH, PATI SEMAKIN DISAYANG?

Oleh : MUTALIB M.D

KETIKA Perdana Menteri masih melalui jalan berliku untuk merealisasikan hasrat rakyat Sabah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengatasi kerakyatan songsang di Sabah; Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri bekerja keras untuk menyelamatkan seorang PATI yang menjadi guru DG44 di SMK Balung, Tawau.

Selepas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing membawa isu Arsad ke Parlimen, pelbagai pihak datang menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan 'ANAK EMAS' PATI ini daripada sebarang tindakan, malah sehingga sanggup menafikan hak pemilik asal kad pengenalan berkenaan, A Ramlee @ Ramli Rasim, anak jati Sabah yang menetap di Kuala Abai, Kota Belud.

Agak aneh, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak tampil membantu A Ramlee @ Ramli Bin Rasim sedangkan pemilik asal kad pengenalan yang digunakan Arsad untuk menjadi guru DG44 adalah pengundi di Kuala Abai, Usukan, Kota Belud.

Mengikut maklumat yang diterima, pada mulanya Arsad telah digantung kerja, mungkin sekadar untuk mengabui mata rakyat Sabah; namun hakikatnya Arsad masih bertugas di SMK Balung dan menikmati gaji yang lumayan sehingga sehingga kini.

Mungkin malang bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana Menteri Kabinet, terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Pelajaran) dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien (Menteri Dalam Negeri) adalah 'Gerabak Lama' (Besi Buruk) peninggalan Tun Mahathir yang tidak memahami kehendak Najib memastikan Malaysia dan UMNO bersih daripada tohmah merekrut PATI sebagai Pengundi dan ahli parti.

A Ramlee @ Ramli RasimAkibatnya, PATI yang bernama Arsad dan menggunakan kad pengenalan biru palsu H0740273 menggunakan kad pengenalan asal A Ramlee @ Ramli Bin Rasim yang telah mempunyai MyKad bernombor 700710125439 semakin besar kepala.

Tabiat buruk Arsad Alwi semakin ketara kerana enggan menurut arahan Pemangku Pengetua, bahkan Arsad beranggapan bahawa lantikan daripada Pegawai Pelajaran Daerah ke atas Pemangku Pengetua adalah tidak betul.

Arsad merasakan bahawa beliau yang sepatutnya layak memegang jawatan tersebut kerana pengalaman dan senioritinya. Menurut sumber yang boleh dipercayai dan diperolehi daripada seorang Pengerusi JKKK (nama terpaksa dirahsiakan), Arsad Alwi telah berjumpa dengan Adun Balung, Datuk Syed Abbas berhubung masalah kad pengenalannya.

Kata Pengerusi JKKK itu lagi, Syed Abbas telah membantu Arsad dan kini rayuan kad pengenalannya sedang diproses oleh Kementerian Dalam Negeri. Oleh sebab itu, Arsad merasakan bahawa beliau dilindungi oleh Kerajaan; malahan dengan bangganya mengisytiharkan bahawa A Ramlee @ Ramli Bin Rasim telah mencuri kad pengenalan tersebut daripadanya?

Buat masa ini, Arsad telah menutup dan mengunci pintu masuk utama ke pejabatnya dan menggunakan pintu masuk melalui bilik UBK dan jarang berada di luar pejabat seolah-olah dia ingin orang luar menganggap bahawa dia telah di gantung tugas; walhal masih berada di sekolah berkhidmat atas sokongan kerajaan BN dan Pemuda UMNO Tawau.

Sampai bilakah rakyat dan pemimpin Sabah terus bacul dan membiarkan PATI menjadi pegawai awam bermaharaja lela seolah-olah Sabah tidak mempunyai undang-undang dan kedaulatan; sedangkan dalam masa yang sama melaungkan RCI?

image

Rekod Tunggakan gaji Arsad Alawi.

image

Rekod Kehadiran Arsad Isnin 23 April 2012.

image

Rekod Kehadiran Arsad Rabu 25 April 2012

image

Rekod Kehadiran Arsad Khamis 26 April 2012

image

Rekod Kehadiran Arsad Jumaat 27 April 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan