PM bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun?
SHAH ALAM 13 Mei 2012 - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin,” kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam.
“Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno,” katanya lagi.
Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, “itu satu rutin, ini perkara lebih penting.”
Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras “cukup bersedia” untuk menghadapi PRU13.
“Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan “pilihan raya sudah semakin dekat.”
“Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU,” katanya lagi.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, “berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia.”
Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: “PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun.”
Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong “hanya satu gurauan”.
“Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi,” kata pemimpin dari Sarawak itu.
Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang.
“Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September,” kata beliau.
G MANIMARAN & RUZY ADILA IDRIS
--------------------
Menghadap Agong: Najib tidak berseloroh
SHAH ALAM 13 Mei 2012 – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai tidak berseloroh apabila menyebut ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ yang membayangkan hasratnya mahu membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi percaya, Perdana Menteri sememangnya bermaksud sekarang adalah masa yang sesuai untuk PRU13 diadakan berikutan momentum sokongan Barisan Nasional (BN) yang sedang meningkat.
“Saya percaya, beliau yakin sekarang adalah masa yang sesuai. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib memang ke arah itu (mahu menghadap Agong) menunjukkan PRU13 sudah dekat,” katanya.
Mohd Puad berkata, fenomena ‘gelombang merah’ yang melanda Bukit Jalil pada malam itu dengan kehadiran lebih 100,000 ahli Umno tentunya meyakinkan Najib bahawa sekarang adalah masa untuk PRU13 diadakan
Seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Ir Idris Haron, sama ada Perdana Menteri bergurau ataupun serius, ia perlu diterima secara serius oleh semua ahli parti.
“Memang sudah dekat. Kita tunggu sahaja masa untuk Perdana Menteri umumkan (pilihan raya) secara rasmi.
“PM sudah bekerja keras dalam banyak hal terutama dalam pembangunan negara, dan saya percaya beliau sememangnya bermaksud mengenai apa yang disebutkannya kerana beliau yakin dengan pencapaian kerajaan hari ini,” katanya.
--------------------
Mukhriz mahu fokus PRU13, pemilihan parti kemudian
SHAH ALAM 13 Mei 2012 - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah lebih penting daripada memikirkan perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.
Menurutnya, beliau tidak mahu memikirkan buat sementara mengenai perebutan jawatan itu yang kini disandang Khairy Jamaluddin.
“Saya tidak dapat bagi apa-apa komen buat masa ini kerana saya hanya akan memikirkan mengenai perkara ini sejurus selepas selesai PRU13 nanti,” katanya kepada Sinar Harian.
Minggu lalu, Khairy menawarkan diri memimpin Pemuda Umno untuk satu lagi penggal lagi bagi mempertahankan jawatannya pada pemilihan yang dijangka diadakan selepas PRU13. Khairy meluahkan hasrat tersebut di laman Twitternya.
Pada pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu, Khairy memperolehi 304 undi menewaskan Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Its just speculation. Its better to wait for the PM to give his official announcement.
BalasPadamAt the moment, all parties must be well prepared in facing the coming election.
PadamKita tunggu sahaja bila pengumuman akan di buat.
PadamSelagi PM belum buat pengumuman, harus juga menantikan.
PadamSemua parti sudah bersedia untuk menghadapi PRu ini, BN juga pasti sudah bersedia dengan jenteranya.
BalasPadamPasti BN akan menang lagi pada PRU ini.
PadamPastikan BN akan menang pada PRU ini.
Padamrasanya ia takkan dibubarkan dalam masa ini.
BalasPadambanyak sangat ramalan yang dibuat. Setakat ni belum ada satu pun ramalan yang tepat tentang PRU.
BalasPadamBetulkah ramalan kali ini bahawa Najib akan membubarkan parliament untuk mengadakan PRU pada bulan Jun.
BalasPadamBuat apalah kita buat ramalan, bagus lagi kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri kita.
BalasPadammacam ramalan yang timbul, kita tunggu sahaja pengumuman nya nanti.
PadamBetul, ramalan ini cuma bazir masa. Tibanya masa, pengumuman akan dibuat.
PadamPasti tidak lama lagi akan mengumumkan.
BalasPadamRasa-rasa lagi satu khabar angin.
BalasPadamJika betulnya khabar angin, tidak perlu menumpu perhatian.
PadamYang penting, PRU harus dijalankan dengan bersih dan amanah.
BalasPadamNo need to worry, announcement will be made soon.
BalasPadamTunggu pengesahan.
BalasPadamSelagi masalah PATI tidak diselesaikan, PRu tidak mungkin adil dan bersih. Harap kelemahan ini dapat diperbaiki.
BalasPadamAgree Jasmini, teh EC should make sure clean and fair election.
PadamPM akan umumkan perkara ini nanti. Maka kita tunggu saja mengenai perkara ini.
BalasPadamhanya parti2 politik saja yang perlu risau atau ambil tahu tentang hal ini.. pengundi hanya perlu turun mengundi bila sampai masanya..
BalasPadam